Monday, September 14, 2009

Final touch up for Casa Subang USJ 1

Ahad lepas ade orang mau tengok Casa Subang. Nak duduk ramai-ramai semua girls. Biasalah kalau kt sana mmg ramai student Segi. Kali ni mmg aku agak choosy sbb tanak terkena sekali lagi. Cukupla sekali dpt tenant kaki kencing. Bila fikir-fikir balik terasa bodohnye diperbodohkan... hahaha...

Hampir pukul 10 pagi baru aku sampai sana. Oleh kerana sofa yang ditinggalkan terlampau amat kotor sampai x lalu nak duduk, terpaksa aku alaskan dgn kain lain. Sofa ni jenis sarung x leh bukak kalau x boleh jugak basuh kan... Nak buang sayang baru lagi tu... So aku amik masa sket jahit kain lain atas sofa tu... Aduh sakit woo jari pasal aku bwk jarum kecik... kalau jarum besar senang sket...

Pukul 10.30 pagi budak tu dtg tengok rumah. Perghh mmg impress la kan pasal dah ade langsir sume. Lantai pon dah berkilat. Budak tu kata nk sewa tapi deposit maybe akan dibayar hari ini. Tunggu & lihat jelah. Aku masih bukak rumah ni untuk org lain tengok selagi aku belum dapat deposit tu.

Lepas budak tu balik aku sambung jahit lagi sket pastu dlm kol 12 tgh chow la... Sempat amik gambar satu rumah... Layan kt bawah...

Masih dibuka untuk dijual/disewa. Aku lebih suka kalau rumah ni dijual sebenarnya untuk dapat untung cepat. Lepas tu boleh try investment lain pulak. Ramai yg call nk beli tapi bangsa lain. Memandangkan rumah ni bumi lot aku x boleh la jual kt bangsa lain. Aku pon pelik byk betul duit bangsa lain tu ye... huhuhu... Dan bangsa lain tu nampak betapa MURAHnye aku nk jual rumah ni... rm210k shj banding dengan harga rumah lain (boleh cek iklan2 kt internet pasal Casa Subang for sale dan bandingkan harga)



6 comments:

boleh story pasal kes tenant sebelum ni x? boleh buat pedoman..

lawa rumah ni fara. baper sewanya?
freehold atau leasehold?
maintenance baper?

lawa la... patut ramai terpikat ahaks..

dah ada penyewa nanti senang la nak jual..210k? good value..

Hairi, penyewa byr dep 1+1 shj, x pernah byr sewa. Byk sgt alasan, pernah kunci rumah lepas tu diorang byr rm1k. Janji tinggal janji. Last2 i kata dah jual rumah tu & paksa diorang keluar. Bila diorang dah keluar rumah mmg kotor gile. Yard penuh dgn sampah makanan yg dah berulat...huhuhu...

Ani, sewa rm1200. Freehold. maintenance dulu rm172 sekarang dah kurang sejak tukar management. rm113 shj :)

Ojah, lawa lepas touch up balik :)

Wakata, insyaAllah...

Blog Widget by LinkWithin

.