mStar Online
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
RAKYAT Malaysia yang menjadi penjamin  juga boleh diisytiharkan bankrap sekiranya terdapat perintah mahkamah  terhadap peminjam utama yang gagal melunaskan hutang.Ketua Pengarah  Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, ia  mungkin sukar dipercayai namun itulah hakikatnya menyebabkan banyak  pihak terus mempersalahkan jabatan itu.
Menurut beliau, timbul suara  tidak puas hati mengatakan Jabatan Insolvensi Malaysia bertindak zalim  kerana turut memusnahkan kehidupan mereka yang tidak berhutang.“Perlu  diperjelaskan bahawa kami tidak membankrapkan mereka dan sebagai  penjamin, mereka sepatutnya bertanggungjawab ke atas jaminan itu.
“Jika peminjam utama gagal  membayar hutang maka penjamin perlu mengambil alih tanggungjawab itu,”  katanya kepada Mingguan mStar.Dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini,  seramai 81,908 individu diisytiharkan bankrap membabitkan jumlah hutang  RM71.36 bilion.
Daripada jumlah tersebut, 4.66 peratus merupakan penjamin sosial manakala penjamin korporat 5.32 peratus.
Abdul Karim berkata, isu  penjamin diisytiharkan bankrap menimbulkan pelbagai reaksi dan kekecohan  kerana menyifatkan tindakan itu tidak adil.Bagaimanapun katanya,  kedudukan penjamin dipinda menerusi Akta Kebankrapan 1967 pada tahun  2003 telah mewujudkan perbezaan antara peminjam utama dan penjamin.
“Pindaan telah menjelaskan  bahawa pemiutang tidak boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap  penjamin secara terus kecuali boleh dibuktikan di mahkamah membabitkan  hutang peminjam utama,” ujarnya.Menurut beliau, Jabatan Insolvensi  Malaysia turut mempunyai budi bicara bagi membantu penjamin keluar  daripada status kebankrapan dengan persetujuan pemiutang.
Tambahnya lagi, rundingan bukan  saja membabitkan permohonan pelepasan kebankrapan malah jumlah bayaran  hutang yang perlu dijelaskan atau dividen.Justeru, beliau menasihatkan  orang ramai supaya tidak mudah menjadi penjamin dan mengambil langkah  berhati-hati.
“Paling penting, kita perlu tahu  kemampuan untuk menjadi penjamin, mengenali siapa yang mahu berhutang  dan keupayaannya untuk membuat bayaran. “Jangan menjamin seseorang itu  atas dasar kasihan kerana kesannya kelak tidak akan mengasihani kita.  Buat keputusan dengan bijak,” kata Abdul Karim.

 






 
 
.png) 
 
4 comments:
skang kawan2 bleh jadi penjamin ker? aku rasa dah tak boleh...sedara mara rapat jer boleh skang nie.
ada member berempat jamin sorang member lain, rm160k..rm40k sorang...bisnes lingkup...balik kampung. so member2 berempat kene tanggunglahhh....takleh wat apa coz kalau letak parang kat leher pon,die takleh byr...bini die balik kampung bersalin naik bus jerk..siannn....
paling bagus,penjamin ada sekali masa apply loan, bukan signature sahaja.
mm tataula sekarang boleh ke tak kwn2 jd penjamin... tapi mmg penjamin x leh buat apa SELAIN MEMBAYAR lah kan?
Aku rasa boleh gak pi AKPK mintak kurangkan interest pastu restructure balik pinjaman tu spy mampu dibyr...
good, thanks god there's AKPK.
but most importantly jauhkan seboleh-bolehnya dr jadi penjamin
Saya jadi penjamin sosial dan telah dimufliskan kerana penjamin utama buat tak tau.
Sebelum penghakiman sendiri,sya telah beri informasi mengenai penjamin utama dan sehingga sekarang tiada khabar berita utk dia jelaskan hutang dan sy terpaksa menanggung sepenuhnya.
Betul,jgn jadi penjamin.
Post a Comment