Pemandangan kolam renang di Crescent 2 |
Alhamdulillah mereka dah keluar. Memang dah lama aku nak mereka keluar kerana bayaran sewa yang tidak menepati masa. Mereka akhirnya keluar pada 15 Jun 2011. Hanya tinggal setengah bulan deposit yang ada dalam tgn aku. Itu pon nasib baik ada. Kalau takde gigit jarilah.
Masalah: Kami takde kunci mangga dan bila kami minta di guard house, masing-masing pakat cakap tak tau. Kemudian aku minta bantuan Mr Sam (locksmith) daripada Cyberjaya untuk pergi buka rumah. Ada mangga di luar dan di dalam gril. Mr Sam pergi tengok rumah pagi tadi. Dengan caj rm90, aku izinkan dia buka mangga tu.
Dia pon masuk ke dalam rumah. Jeng jeng jeng...
Laporan daripada Mr Sam, semua pintu pilik rosak termasuk sliding door, ada patung hindu dalam bilik stor dan ade juga uniform guard dalam rumah. Lampu juga tidak bertutup dan telah ditutup oleh Mr Sam.
Mr Sam telah letak mangga baru di grill pintu. Sabtu 25 Jun, pukul 10 pagi nanti aku akan pergi ambil kunci mangga tersebut di kedai Mr Sam. Ada bakal penyewa baru nak tengok rumah :) Semoga semuanya dipermudahkan. Amin!
PS: Masalah kami ini berpunca daripada pemilihan dan penapisan tenant yang tidak ketat. Kalau pemilihan tenant kami lakukan dengan ketat insyaAllah semua ni takkan berlaku. Bagaimana melakukan pemilihan tenant dengan berkesan? hmm... subjek ni pon kami ada masukkan dalam seminar Property & Co tau.
Tinggal beberapa tempat kosong saje lagi... Bertindak dengan klik di sini sekarang... Jumpa anda di sana!
2 comments:
Uniform guard??
ntah2..pak guard tu yg duduk kat situ x???buat x tau kunci pada sape???heheh(saya bersangka buruk...jangan ikut...heheh)..
jeguk, mula-mula saya pon fikir mcm tu... tapi bila dah pegi tengok... uniform tu x sama dgn uniform guard crescent 2... mungkin majikan (tenant saya) ni bg pekerja guard dia duduk situ ramai-ramai kot... :)
Post a Comment