Assalamulaikum dan salam sejahtera.......
Kita beralih pulak kepada rukun Islam. Rukun Islam ni lagi menggalakkan kita menjadi orang kaya. Percaya tak? Kalau tak percaya, jom baca lagi.
Rukun islam adalah perkara-perkara asas yang sepatutnya setiap muslim lakukan. Contohnya, permulaan untuk setiap orang bergelar muslim adalah dua kalimah shahadah. Inilah titik permulaan kehidupan seorang muslim.
Dalam setiap rukun islam, ada hikmah yang perlu seorang muslim ambik iktibar dan pengajaran. Kalau tidak, anda akan terlepas untuk menjadi seorang muslim yang terbaik!
Rukun Islam 1: Mengucap 2 kalimah syahadah
2 kalimah syahadahlah penentu amalan kita di dunia dan nasib kita diakhirat. Kenapa saya berkata begitu?
Terlafaznya 2 kalimah syahadah, seseorang telah berikrar dan berjanji bahawa tuhannya adalah Allah dan rasulullah sebagai ikutan pedomannya. Bermakna, dia akan menggunakan manual yang diperkenalkan oleh sang pencipta alam untuk menggunakan produk yang paling terbaik iaitu islam.
Apa kaitannya dengan kekayaan? Setiap kekayaan yang kita miliki, mempunyai tuan yang satu iaitu Allah swt. 4 kekayaan dan 7 langkah kekayaan tidak dapat dicapai jika kita menggunakan jalan yang tidak bermoral. Contohnya, nak kaya cepat, tipu orang dengan skim cepat kaya. Kita akan mewah dengan duit, tetapi kekayaan kebebasan kita tidak ada disebabkan asyik diburu oleh pihak berkuasa.
Begitu juga dengan membuat “Masuk Lalu Mampus”. Menggunakan dan memanipulasi syarikat jualan langsung untuk mendapatkan kekayaan dengan cepat. Disebabkan itulah Syarikat Jualan Langsung terpalit kesan negetif disebabkan kaedah tidak bermoral sebigini.
Dengan lafaz kalimah syahadah, kita berjanji untuk mengikut rasulullah sebagai role model untuk mencari kekayaan. Memberikan hak-hak yang sama adil kepada setiap orang. Membina masyarakat madani dengan kekayaan kita sendiri. Alangkah malangnya orang yang tidak mematuhi kalimah syahadah yang diucapkan oleh nya setiap hari.
Rukun Islam 2: Solat 5 waktu
Solat adalah ibadah yang lengkap iaitu rohani dan jasmani. Dari sudut kejiwaan dan kesihatan tubuh badan dengan pergerakan tubuh badan. Didalamnya ada disiplin yang kuat dan kepatuhan yang maha hebat. Solat juga adalah implementasi sebuah janji untuk menunaikan hak Allah sebagai tuhan yang layak disembah.
Kekayaan dibina dengan sifat tawaduk dan hemah yang tinggi. Kekayaan menuntut disiplin yang ketat untuk berjaya. Tidak ada istilah goyang kaki jadi kaya. Semua itu memerlu disiplin yang ketat untuk berjaya. Kekayaan juga memerlukan jasmani yang kuat dan kejiwaan yang kental.
Jasmani perlu sihat dan kuat untuk mencari kekayaan.otak juga perlu kuat focus untuk menarik kekayaan untuk datang. Kekayaan tidak datang daripada orang yang sakit terbaring di katil hospital. Tetapi kekayaan datang kepada orang berdiri dan focus.
Kekayaan juga tidak pergi kepada orang yang tidak kuat rohaninya. Kekayaan tidak pergi kepada orang yang terlalu tamak dan tidak mampu mengawal nafsu untuk melihat wang dan pangkat. Tetapi kekayaan pergi kepada orang kuat rohaninya. Orang kuat berpegang dengan nilai moral yang tinggi walaupun terpaksa menentang hawa nafsu sendiri. Orang yang cukup berdisiplin dengan ilmu-ilmu yang dimiliki. Orang yang seperti ini, kekayaan akan pergi kepadanya.
Nak kaya, solatlah. Solat ajar cara untuk menarik kekayaan.
Rukun Islam 3: berpuasalah dibulan Ramadhan
Berpuasa adalah urusan kita dengan Allah. Tiada siapa pun mengetahui jika anda tidak berpuasa di bulan ramadhan. Hanya anda dan Allah sahaja yang mengetahui. Oleh sebab, hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang puasa kita, maka hanya Allah sahaja yang akan memberikan kepada kita ganjaranNYA.
Bagitu juga dengan kekayaan. Tiada siapa yang tahu jika anda menggunakan jalan salah untuk mencari harta kekayaan. Tiada siapa pun kecuali anda dan tuhan yang maha mengetahui sahaja. Maka tuhan sahaja yang layak untuk memberikan kepada kita kekayaan yang kita mahukan.
Ramai orang diluar sana yang membina kekayaan dengan jalan salah. Dan kita lihat mereka kaya. Tetapi adakah 3 lagi kekayaan dia dapat? Adakah kekayaan tubuh badan, sosialnya dan kejiwaannya dia dapat? Itu hanya tuhan sahaja yang dapat memberikan kepada kita.
Nak kaya? Berpuasalah dibulan Ramadhan.
Rukun Islam 4: berzakatlah
Mentor saya berkata, “ orang yang betul-betul kaya sahaja yang keluarkan zakat. Orang yang macam kaya tidak keluar zakat”. Orang kaya adalah orang yang mencapai tahap “kebebasan kewangan”. Mereka dari sudut kira-kira pendapatan dan perbelanjaan adalah menghampiri seratus peratus.
Mereka sudah tidak mempunyai hutang dan pasif income sahaja sudah mampu untuk menyara hidupnya sepanjang hayatnya. Tetapi bagaimana zakat boleh menjadi indicator/ penunjuk kepada kekayaan?
Setiap zakat mempunyai cara bayarannya yang tersendiri. Untuk membayar, kita memerlukan kunci kira-kira yang lengkap untuk memudahkan kita layak atau tidak untuk mengeluarkan zakat.
Contohnya, gaji 1000 dan perbelanjaan kita 1200, maka disitu ada deficit sebanyak RM200. Orang seperti ini tidak diwajibkan zakat malah silap hari bulan, dia yang sepatutnya dapat zakat.
Tetapi jika perbelanjaan bulanannya adalah 3000, dan pendapatan bulanannya adalah mencecah 30,000 maka orang seperti ini mungkin kena zakat.
Apa yang penting disini adalah personal financial. Zakat memerlukan kita membuat personal accounting. Mengapa hanya syarikat sahaja yang mengeluarkan zakat disebabkan syarikat mempunyai akauntan yang tersendiri. Maka, zakat boleh dikeluarkan. Tetapi diri sendiri bagaimana?
Rukun Islam 5: melakukan haji di Mekah
Untuk melakukan haji dimekah, kita perlu Mampu. Mampu disini adalah harta yang dibelanjakan untuk kemekah adalah mencukupi dan halal. Begitu juga dengan orang yang berada dibawah penjagaan sepanjang peninggalan, perlulah mencukupi dari sudut makan minum.
Jika ke mekah adalah sebulan, maka belanja perjalanan dan makan minum ke sana hendaklah mencukupi. Bagaimana pula dengan orang yang berada di bawah jagaan?
Bermakna kita perlu mempunyai simpanan yang mencukupi untuk keperluan orang yang ditanggung. Makan minum, sewa rumah, hutang piutang dan sebagainya perlu lah cukup. Adakah kita sanggup untuk meninggalkan orang dibawah tanggungan hidup dalam sengsara selama sebulan disebabkan simpanan tidak cukup?
Bagaimana kalau kita mencapai kebebasan kewangan? Boleh kita ke Mekah? Mesti boleh
Boleh kita tinggalkan orang jagaan kita dengan simpanan kita? Mesti boleh sebab keperluan sudah tersedia untuk mereka.
Maka resolusi terbaik untuk ke membuat haji di Mekah adalah kebebasan kewangan. Betul, selagi mana kita tidak mencapai kebebasan kewangan, selagi itu kita dan ahli keluarga akan dihimpit beban kewangan, hutang dan sebagainya. Maka hasrat ke Mekah tidak terlaksana.
Inilah hikmah rukun islam yang wajib kita fahami. Islam menyuruh kita kaya disebabkan tanggungjawab kita kepada masyarakat. Oleh saya nak Tanya, nak bayar zakat ke tak nak? Nak pergi haji ke tak nak?
Abang Long
http://tintamenulis.blogspot.com
By: ahmad fahmi
ak3838
4 months ago
2 comments:
Dengan berzakat,kita dapat menyucikan segala harta kita dan pendapatan kita,dan kiraan zakat cuma 2.5% saja,kalau gaji kita rm1000,kita cuma perlu berzakat rm25 jer,susah ker?
Tak susah... betul3x! :)
Post a Comment