Tuesday, August 23, 2011

Ops! Api dah kena potong!

Di suatu malam yang indah, tenant Cyberia Crescent 2 sms bagitau TNB dah potong elektrik. Aiyakkk... terkejut aku. Memang dah lama aku suruh dia forward no bil dan amaun untuk aku bayar jumlah tertunggak tapi dia tak bagi pon. Haaaa... kan dah kena potong... Bukannya banyak pon jumlah tertunggak, rm200 sahaja. Alasan TNB, akaun tertunggak dah melebihi 4 bulan. Ohhh gitu ek...

Esoknya aku bayar bil TNB guna Maybank2u dan call TNB Care Line minta bekalan elektrik di sambung semula. Oleh kerana bayaran melalui Maybank2u, mereka minta aku 'Print Screen' resit daripada skrin Maybank2u dan emel kepada mereka.

Ok, bekalan akan disambung antara pukul 5 petang hingga 10 malam. Bergelap lagi tenant aku malam tu. Tepat pukul 10 malam tenant SMS bagitau bekalan elektrik dah ada. Fuh, Lega! Terima kasih TNB!

Moral of the story : Tak perlu ke pejabat/kedai tenaga untuk minta sambungan elektrik, telefon pon dah cukup ;)


4 comments:

Ada penalty untuk sambungkan semula tak?

ha aa... takpela untuk pengajaran bersama...

Blog Widget by LinkWithin

.