Thursday, July 19, 2012

Novel Sejarah Islam ~ Imam Syafie

~ SELAMAT BERAMAL DI BULAN RAMADHAN YANG PENUH BAROKAH~

Saya baru sahaja menghabiskan bacaan novel sejarah Islam karya Pak Latip yang bertajuk Imam Syafie. Alhamdulillah setelah membaca novel Al-Fateh, Ataturk dan Imam Syafie, saya dan Aisyah menjadi 'ketagih' untuk membaca novel sejarah Islam karya Pak Latip yang lain. Malangnya, kombo Ramadhan yang saya idamkan seperti dalam laman web ini sekarang telah kehabisan stok :(

Berbalik kepada kisah Imam Syafie, terlampau banyak yang saya dapat pelajari dan amalkan tentang sifat terpuji pengasas mazhab Syafie ini. Saya ringkaskan dengan 10 pesanan beliau seperti di bawah:

Kulit Buku Imam Syafie

10 pesanan Imam Syafie' yang perlu diikuti

Sebelum Imam Syafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Berikut kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara" :

1. Hak kepada diri:
-mengurangkan waktu tidur, makan dan perkataan.
-berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada malaikat maut:
-menqadakan kewajiban yang tertinggal dan mendapatkan kemaafan dari orang dizalimi.
-membuat persediaan untuk mati & merasa cinta kepada Allah swt.

3. Hak kepada kubur:
-membuang tabiat suka menabur fitnah & tabiat suka kencing merata-rata.
-memperbanyakkan solat & membantu orang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar & Nakir:
-Tidak berdusta & wajib berkata benar.
-meninggalkan maksiat & saling menasihati.

5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan di hari akhirat):
-menahan:kemarahan sebaliknya selalu berzikir.
-mengikhlaskan amalan & sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kepada sirat (titian merentangi neraka ke syurga):
-membuang tabiat suka mengumpat.
-warak, suka membantu orang beriman & suka berjemaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik (penjaga neraka):
-menangis lantaran takutkan Allah swt dgn berbuat baik kepada ibu bapa.
-bersedekah semasa terang-terangan & bersembunyi serta memperelokkan akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Riduan (penjaga syurga):
-merasa redha kepada qadha' Allah swt & bersabar menerima bala.
-bersyukur dengan nikmat Allah swt & bertaubat daripada melakukan maksiat.

9. Hak kepada Rasullulah SAW:
-berselawat ke atasnya & berpegang dengan syariat.
-bergantung kepada al sunnah (hadis) & menyayangi para sahabat baginda.
-bersaing mencari kelebihan daripada Allah swt.

10. Hak kepada Allah swt:
-mengajak manusia ke arah kebaikan & mencegah dari kemungkaran.
-menyukai ketaatan & membenci kemaksiatan.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin