Click here now!

Hot Subsale Property!

Click here now

Hot Subsale Property!

Click here now

Friday, October 25, 2013

Esok!

Alhamdulillah segala persiapan terakhir sedang dibuat untuk memberikan perkongsian yang terbaik untuk semua peserta seminar yang telah mendaftar.

Kepada peserta seminar yang berminat beli buku Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong tulisan Tuan Shafie Bustan, boleh dapatkan esok ye... limited unit! (Saya dah cop satu... hehe) 

Harga ialah RM35. Boleh minta autograf sekali ;)

InsyaAllah jumpa esok.
Semoga segala urusan Allah permudahkan.

Amin! 
Cover kit seminar taiko rumah lelong direka oleh Cik RN
Buku terbaru daripada Tuan Shafie Bustan ada dijual pada hari seminar :)



Wednesday, October 16, 2013

Phew! Nasib baik sempat...

Saya pasti ramai pemain-pemain hartanah yang alert tentang peraturan baru Bank Negara berkenaan dengan pembiayaan semula pinjaman hartanah.

Alah... rules baru tentang tempoh maksimum refinance yang tup-tup dah tinggal 10 tahun tu...


Aduhhh! bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahla maksimum loan-to-value (LTV) untuk rumah ke tiga hanya 70%, kini pelabur ikan bilis seperti saya ni dihantui pula oleh isu baru yang timbul ini.

Pening? Frust? Confirm laaa...

Tapi alhamdulillah juga proses pembiayaan semula kondo saya di Bukit OUG baru sahaja selesai.

Phew! nasib baik sempat.

Selain faktor lebihan tunai, pembiayaan semula ini juga dibuat untuk berhijrah daripada pinjaman konvensional ke Islamik. InsyaAllah sedang berusaha berdikit-dikit untuk menggunakan produk-produk perbankan Islamik sepenuhnya.

Umur dah makin meningkat, sepatutnya tindakan pon makin matang dan berisi ye tak?

Dengan modal rm100k tunai yang saya dapat lebihan daripada proses pembiayaan semula tersebut, saya berazam untuk melangsaikan hutang peribadi saya dahulu.

Selesai bab refinance.

Kini, dalam proses menunggu approval untuk submission loan rumah yang diduduki sekarang. Dah 2 minggu hantar dokumen, kenapa senyap tanpa berita wahai banker-banker yang budiman? Ada harapan ke takde ni? huhuhu...

Rumah ini dibeli atas nama proxy kerana faktor LTV saya dan suami. Kini kami ingin 'membeli' semula rumah ini dan berharap juga untuk mendapat lebihan tunai daripada transaksi tersebut.

Ehem! apa pula perancangan sahabat pembaca semua pada musim mencabar 2013 ni?

Apa pon perancangannya, niatkan kerana Allah.

Saya doakan, semoga Allah permudahkan.

Amin!

Oh ya, untuk sahabat pembaca yang ingin belajar tentang pelaburan hartanah dan panduan asas pembelian rumah lelong, pendaftaran masih dibuka.

Sila klik di sini :
Taiko Rumah Lelong serta Wang dan Hartanah.

Jumpa di sana ye, insyaAllah.


Wednesday, October 9, 2013

Taiko Rumah Lelong serta Wang dan Hartanah

Untuk sahabat-sahabat yang ingin mempelajari cara membuat duit daripada pelaburan hartanah, ada berita baik untuk anda ;)

Sahabat saya, blogger dan pelabur hartanah Rohaniah Noor akan menganjurkan dua seminar pada bulan ini.

Seminar pertama, Taiko Rumah Lelong dalam Masa 1 Hari.
Kalau ada yang masih ingat, tahun lepas saya dan kawan-kawan Property N Co telah anjurkan seminar ini.
Perkongsian oleh Rohaniah Noor DI SINI.

Jadi tahun ini seminar ini kembali lagi.
Seminar Taiko Rumah Lelong dalam Masa 1 Hari akan diadakan pada 26 Oktober, Sabtu jam 9 pagi.
Tempat di Cyberjaya.

Seminar ini sangat sesuai buat yang mahu memulakan langkah beli rumah dari pasaran lelong.
Insya Allah seminar ini akan disampaikan oleh saya sendiri, Puan Siti Farazila, blogger, ejen dan pelabur rumah lelong.
Selain itu, akan ada sesi khas bersama Shafie Bustan, Sifu Rumah Lelong (ehem, sifu saya ni) yang tak asing lagi dan juga sesi bersama peguam.


Siti Farazila

Shafie Bustan

Sesi ini akan berkongsi:
- potensi pelaburan hartanah lelong
- Bagaiamana lelongan diadakan
- Memahami POS dan Contract of Sale
- Mendapatkan pinjaman bagi rumah lelong
- Hartanah lelong untuk keep
- Hartanah lelong untuk flip
- Sesi soal jawab bersama peguam

Kemudian pada esoknya pula, 27 Oktober 2013 (ahad), Cik Rohaniah Noor akan anjurkan Seminar Wang dan Hartanah.
Ini merupakan seminar wang besar yang telah beliau rebranding dan susun semula modulnya.
Seminar ini sesuai untuk mereka yang mahu bermula dalam pelaburan hartanah.


Insya Allah di dalam seminar ini beliau akan kongsikan :
- Pengurusan wang dan kewangan peribadi
- Menggali hartanah panas
- Prosedur beli rumah
- Mengenalpasti kelayakan pinjaman
- Teknik mendapatkan pinjaman
- Kenalpasti jodoh hartanah
- Serta bonus1: bagaimana menyelesaikan hutang PTPTN dalam masa 3 tahun.

Yuran untuk kedua-dua seminar ini adalah:
RM 228 seorang untuk salah satu seminar
RM  428 seorang untuk kedua-dua dua seminar

Tapi jika anda buat bayaran sebelum atau pada 14 Oktober 2013, ada prmosi early bird.
RM 188 seorang untuk salah satu seminar
RM  348 seorang untuk kedua-dua dua seminar

Manakala untuk ahli Kelab Alien Hartawan iaitu mereka yang pernah hadir seminar Cik Rohaniah Noor terdahulu atau yang beli ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa besar, ada harga yuran istimewa untuk anda.
Yuran: RM 158 seorang untuk salah satu seminar
           RM  298 seorang untuk kedua-dua seminar

2 perkara yang perlu anda lakukan untuk hadir ke seminar ini.

1) Bank in wang yuran  ke
- CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
atau
- Maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Jahron
masukkan email rohaniahnoor@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

2) Isi borang di bawah

Kalau anda tak hadir seminar kali ini, tak pasti pula bila seminar ini akan dianjurkan lagi memandangkan bulan 10 dan bulan 11 ni jadual hujung minggu saya agak padat.

Ok semua, jumpa di sana ya!


Tuesday, October 1, 2013

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Assalamualaikum Puan,

Saya ada terbaca blog Puan mengenai rumah lelong dan saya bercadang untuk pergi satu auction pada 14hb ni. Saya nak tanya, kalau saya ambil Puan sebagai ejen pembida saya, berapa harga yg Puan caj?

Satu lagi, saya tak faham tentang maksud kaveat. Adakah saya kena tanya di pejabat tanah tentang ni (call atau pergi ke sana untuk semak?).

Harap Puan dapat membantu. Terima kasih.

Jawapan:

Sebagai ejen pembida, saya hanya mengenakan caj sebanyak rm200 samada tuan menang/kalah/property call off pada hari lelongan.

Kaveat : http://anime4nz.blogspot.com/2012/09/apa-itu-kaveat.html

Sebenarnya ramai yang kurang tahu atau kurang arif mengenai istilah-istilah seperti ini dan kesannya terhadap mereka di dalam hartanah dari segi undang-undang. Jika kita ambil Kaveat ini sendiri sebagai contoh, kesan sebenarnya adalah amat besar sekali kepada pemilik tanah tersebut.
Ini kerana apabila sesuatu kaveat dimasukkan (didaftarkan) ke atas sesuatu hakmilik tanah, maka ianya akan menghalang sebarang urusan daripada berlaku ke atas tanah tersebut!

Maksudnya? maksudnya di sini adalah apabila hakmilik anda telah dimasukkan kaveat, maka anda tidak boleh menjual, menggadai atau menyewakan tanah tersebut atau apa juga urusan pindahmilik kepentingan sehinggalah kaveat tersebut dikeluarkan atau secara automatiknya tamat tempoh.

Ada berapa jenis kaveat?
Berdasarkan yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara (Akta 56 1965), Kaveat adalah terbahagi kepada 4 iaitu:

1) Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats) - Kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar Tanah ke atas Dokumen Hakmilik (Document of Title)

2) Kaveat Persendirian (Private Caveats) - Kaveat yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah tersebut.

3) Kaveat Pemegang-Lien (Lien-Holders’ Caveats) - Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mana memegang dokumen hakmilik sebagai cagaran untuk tujuan tertentu seperti pemberian pinjaman (contohnya bank).

4) Kaveat Amanah (Trust Caveats) - Kaveat ini hanya dimasukkan oleh Pendaftar terhadap sebarang tanah atau kepentingan yang dimiliki oleh seseorang individu atau badan sebagai pemegang amanah.
Terdapat beberapa keadaan tertentu yang membezakan kaveat-kaveat di atas dimasukkan. Secara ringkasnya, Kaveat Pendaftar adalah lebih kepada melindungi kepentingan yang berkaitan dengan hak-hak kerajaan atau individu pemilik tanah tersebut. Sebagai contohnya, untuk menghalang urusniaga palsu atau dicurigai daripada berlaku ke atas tanah tersebut.

Bagi Kaveat Persendirian pula, ianya adalah lebih jelas dan mudah difahami. Kaveat jenis ini boleh dimasukkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan kepentingan terhadap hakmilik tanah tersebut, walaupun bukan miliknya. Contohnya adalah orang yang telah membuat sebahagian pembayaran deposit untuk pembelian tersebut atau orang yang mempunyai perjanjian  pajakan yang didaftarkan ke atas tanah tersebut. Walau bagaimanapun, kaveat persendirian ini tidak menghalang dari urusan-urusan lain daripada berlaku ke atas hakmilik tersebut seperti endorsement tertentu. Kaveat persendirian akan terbatal dengan sendirinya selepas 6 tahun.

Untuk rumah flat/apartment/kondo yang masih belum ada strata title (geran individu), tidak perlu cek kaveat kerana kaveat hanya boleh diletakkan di dalam geran individu.

Cara membuat carian tanah untuk semak kaveat:
http://langkahkanan.com/blog2/2012/06/19/cara-membuat-carian-tanah/

Boleh juga upah runner pejabat peguam untuk buat carian ni.
Caj antara rm30 - rm50.
Harap membantu.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)


Blog Widget by LinkWithin

.