Saya pasti ramai pemain-pemain hartanah yang alert tentang peraturan baru Bank Negara berkenaan dengan pembiayaan semula pinjaman hartanah.
Alah... rules baru tentang tempoh maksimum refinance yang tup-tup dah tinggal 10 tahun tu...
Aduhhh! bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahla maksimum loan-to-value (LTV) untuk rumah ke tiga hanya 70%, kini pelabur ikan bilis seperti saya ni dihantui pula oleh isu baru yang timbul ini.
Pening? Frust? Confirm laaa...
Tapi alhamdulillah juga proses pembiayaan semula kondo saya di Bukit OUG baru sahaja selesai.
Phew! nasib baik sempat.
Selain faktor lebihan tunai, pembiayaan semula ini juga dibuat untuk berhijrah daripada pinjaman konvensional ke Islamik. InsyaAllah sedang berusaha berdikit-dikit untuk menggunakan produk-produk perbankan Islamik sepenuhnya.
Umur dah makin meningkat, sepatutnya tindakan pon makin matang dan berisi ye tak?
Dengan modal rm100k tunai yang saya dapat lebihan daripada proses pembiayaan semula tersebut, saya berazam untuk melangsaikan hutang peribadi saya dahulu.
Selesai bab refinance.
Kini, dalam proses menunggu approval untuk submission loan rumah yang diduduki sekarang. Dah 2 minggu hantar dokumen, kenapa senyap tanpa berita wahai banker-banker yang budiman? Ada harapan ke takde ni? huhuhu...
Rumah ini dibeli atas nama proxy kerana faktor LTV saya dan suami. Kini kami ingin 'membeli' semula rumah ini dan berharap juga untuk mendapat lebihan tunai daripada transaksi tersebut.
Ehem! apa pula perancangan sahabat pembaca semua pada musim mencabar 2013 ni?
Apa pon perancangannya, niatkan kerana Allah.
Saya doakan, semoga Allah permudahkan.
Amin!
Oh ya, untuk sahabat pembaca yang ingin belajar tentang pelaburan hartanah dan panduan asas pembelian rumah lelong, pendaftaran masih dibuka.
Sila klik di sini :
Taiko Rumah Lelong serta Wang dan Hartanah.
Jumpa di sana ye, insyaAllah.
7 comments:
salam, buat refinance dgn bank mana?
Affin Islamic :)
bijak2...
baru bercadang nak refinance rumah kedua.. tup-tup dah keluar peraturan baru.. emm tak bolehlah lepas ni nak buat refinance dah..
memang tak mampu nak bayar nak bayar instalment kalau dah dihadkan untuk tempoh 10 tahun jer.. melampau betui bnm ni..
ke situ pulak dia nak sekat..
nasib baik refinance rumah pertama lulus dalam bulan lima hari tu..sempatlah langsaikan segala hutang piutang dan dapat sikit cash money.. hampeh betulla bnm ni..
ingatkan personal loan jer terlibat tapi refinance pun terlibat sekali pui..
Alhamdulillah...sempat refinance 3 biji rumah...
Semua ni gara2 dengar rumors...
Tuan Khairul Fauzee, alhamdulillah tuan memang bijak...
Anon, bawak bersabar... :)
Post a Comment