Wednesday, January 22, 2014

Full settlement ~ Alhamdulillah


Sejarah PL Bank Rakyat ini sebenarnya bermula pada tahun 2003 (kalau tak silap saya). Saya membuat PL buat pertama kalinya sebanyak rm22k untuk membayar hutang kad kredit (rm9k) dan selebihnya saya simpan. Bayaran bulanan, rm400++.

Pada tahun 2005, saya membeli rumah lelong yang pertama, Cemara Apartment di BSP dengan harga rm106k. Habis semua baki PL yang saya simpan sebelum itu. Aliran tunai positif juga tidak begitu banyak, cuma rm100 sahaja.

Tahun 2007, saya berjumpa Aziz Ibrahim CFP untuk restuktur semula keadaan kewangan keluarga saya. Beliau mencadangkan saya membuka akaun overdraf (OD) yang dicagarkan dengan sijil ASB. Jumlah modal yang dicadangkan : rm30k.

Jadi saya pergi semula ke Bank Rakyat dan memohon untuk overlap. Jumlah loan menjadi rm50k dan bayaran bulanan rm636. Alhamdulillah, dengan duit OD ini saya menambah jumlah portfolio rumah lelong saya.

Tahun 2010, saya beli rumah yang saya tinggal sekarang dan perlukan modal untuk ubahsuai rumah. Jadi saya mohon overlap lagi menjadikan jumlah pinjaman rm150k. Wah... banyaknya hutang saya. Pening juga. Bayaran bulanan yang baru rm1282 selama 20 tahun bermula pada bulan Julai.

Saya memang berazam untuk membuat full settlement secepat mungkin untuk PL ini. Alhamdulillah, Allah beri rezeki melalui proses pinjaman semula untuk kondominium di Bukit OUG. Tambah pula dividen ASB dan sedikit duit simpanan, saya berjaya membuat full settlement pada 13 Januari 2013. 

Selepas 30 bulan daripada tarikh pinjaman PL rm150k, jumlah full settlement yang perlu saya jelaskan adalah sebanyak rm149,265.64. Erk! cuma kurang sedikit sahaja berbanding dengan jumlah wang yang saya telah keluarkan selama 30 bulan untuk membayar instalmen. Mungkin kerana tempoh pinjaman yang sangat panjang iaitu selama 20 tahun.

Sebenarnya simpanan ASB saya tidaklah sebanyak mana, dividen yang diperolehi itu adalah daripada od/asb dan loan asb. Penambahan bayaran bulanan untuk proses pinjaman semula kondo Bukit OUG itu pula dibayar oleh penyewa. walaupon dia selalu bayar lewat... huhu...

Saya harap perkongsian saya ini akan memberi manafaat dan idea untuk pembaca-pembaca yang sedang berusaha untuk melupuskan hutang-hutang mereka khususnya hutang jahat. InsyaAllah :)
    

5 comments:

salam.berminta juga nak selesaikan PL. ni.cuma PL ni saya buat investment dalam kpf dan asb.perlukah saya tamatkan personal loan atau kekalkan duit dalam both investment?

Salam tuan Pudin,

Untuk asb, rasanya lebih untung kalau tuan ambil asb loan. Untuk kpf pula memerlukan kira-kira yang lebih mendalam. Mungkin tuan boleh google/rujuk dengan blog yang membuat kira-kira tentang kadar interest PL vs kadar keuntungan kpf.

salam..

Puan, boleh tak ye, saya dapatkan link atau contact number en. aziz ibrahim cfp tu...saya google2...tapi takut krna yang klon punya, sebab dah ramai yang terkena dengan klon tu...terima kasih ye puan.

Assalamualaikum Puan, alhamdulillah loan sye dah lulus.. Sye sekarang ni dlm proses nak cari lawyer loan. Rumah sye nak beli tu devaloper dah bankrup, master title, puan boleh tak rekomenkan sye lawyer yg bagus.
. Terima kasih

Pn Nurul Muhaniza Hanafi / Pn Sri Rahayu
for and behalf of
Messrs Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners
50F-3, Kelana Mall, Jalan SS 6/14,
Kelana Jaya, Petaling Jaya, 47301,
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7880 0288 / 012-2022 373
Fax: 03-7880 2298
Emel: ejja77@yahoo.com

Blog Widget by LinkWithin

.