Friday, May 19, 2017

🌷🌷🌷 KENAPA SAYA PILIH JADI REN? 🌷🌷🌷

Assalam/Hi pembaca semua,





Dah lama sangat rasanya tak membebel kat blog ni. Banyak membebel kat fb, tapi rasanya perlu juga membebel kat sini 😃
.
Ok mungkin ada jugak yang tertanya-tanya kenapa saya yang dah biasa jadi ejen lelong (part time) tetiba jadi REN subsale (full time) kan?
.
Jawapan tak cover line, KONTRAK KERJA saya sebagai programmer dah TAMAT.
Simple, zaman ekonomi tak berapa nak ok ni, saya terpaksa terima hakikat. Jadi saya sahut cabaran untuk belajar ilmu REN untuk subsale dan new development juga.
.
Jadi sekarang saya menawarkan khidmat untuk kedua-duanya - LELONG dan SUBSALE serta termasuk juga NEW DEVELOPMENT.
.
Sebelum ni saya buat macam-macam benda merepek lain juga sebenarnya. Tapi akhirnya saya tahu, saya dilahirkan untuk niche hartanah (ehem!)
.
Memang tak boleh lari lagi. Bidang ni dah jadi darah daging. Tak payah dipaksa-paksa. Minat semulajadi. Gitew! 😀
.
Manakala jawapan cover line pula adalah seperti di bawah.
.
💪 Sebab saya nak bantu dan jadi pemudahcara untuk ANDA mulakan TINDAKAN membeli RUMAH (samada untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan).
💪 Saya juga nak bantu TUAN TANAH kedaung dan TUAN RUMAH yang sibuk dan tak cukup masa sokmo untuk tolong jualkan rumah mereka.
.
TAPI saya memang nak tolong la, bukan nak cover line sangat pon.
Serius rasa satu kepuasan bila tengok klien dapat apa yang mereka idamkan.
.
Kata orang, WIN WIN SITUATION.
.
Saya tak mampu nak beli semua rumah yang best-best tu, makanya wajiblah saya sharekan listing kepada mereka yang memerlukan. Ye dak?
.
Haaa! Bukankah kerja juga satu ibadah?
.
Sekarang saya bernaung di bawah agensi NPR cawangan Permaisuri. 
.
Kenapa NPR Permaisuri?
.
💘 Sebab dekat giler dengan rumah. Senang nak pergi ofis bila duduk rumah asik SANGAP je sebab nampak katil 😅
.
💘 Bila dekat opis, nampak muka bos yang cun dan encem. Inspired la nak jadi macam diorang. (Masyukkkk) Jadi kita akan bekerja dengan lebih tekun lagi. Hehehe.
.
Ok. Nanti kita jumpa lagi dalam sesi bebelan akan datang.
.
Ramadhan nak tiba lagi 8 hari. Selamat Beramal! 
.
.
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin