Thursday, August 14, 2008

Aku sebagai Ejen Hartanah

Aku sebenarnya sudah mendaftar sebagi ejen hartanah sejak sebulan yang lalu. Tapi name card aku sampai sekarang x nampak bayang. Siot le janji seminggu ni dah sebulan. Takpelah nanti aku kasi gegar sama itu company baru dia tau. Oh ye aku daftar dengan company Iprop. Quite ok sebab kemudahan IT digunakan sepenuhnya. Dapat training online je senang bagi aku yg ada 2 org anak kecik yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Termasuklah bapak budaknye jugak... hahahah... merepek je aku ni...

Dipendekkan cerita semalam aku & abang perlu ke Ambank untuk sain dokumen. Officer bank tu byk lak tanye... dia pon nak beli rumah lelong murah-murah jugak. Kalau boleh kat area BUkit Antarabangsa. Aku pon perkenalkan diri aku sebagai ejen dan sebagai ejen yang baik hati aku akan menolong dia cari rumah dengan sedaya upaya aku... huhuhu...

So kalau deal aku dengan dia menjadik maknanya dialah pelanggan pertama aku sebagai ejen hartanah... insyaAllah... :D

P/S : Jangan risau untuk sesiapa yang nk dptkan khidmat aku untuk beli rumah lelong, anda tidak akan dicaj kerana komisen aku akan dibayar oleh pihak pank yang melelong (itu pon jika anda adalah successful bidder pada hari yg bertuah itu!)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

.