Assalamualaikum buat rakan pembaca sekalian,
Tanggal 4 Ogos 2008 telah mencatat sejarah dalam hidupku. Aku berjaya membeli sebuah rumah yang dilelong oleh Ambank dengan harga Reserve Price! Wow! Alhamdulillah aku memang tak sangka sebab 2 kali aku telah kecewa sebelum datang mencuba nasib untuk kali yang ke 3 ini.
Biarlah aku ceritakan daripada mula, pada minggu sebelumnya makcik (babysitter yg jaga Sarah) telefon aku untuk mintak cuti pada hari Isnin (4 Ogos 2008). Terdetik di hatiku "uh... ada can aku pergi beli rumah lelong ni...hehehe". Maka aku pon dengan rakusnya mencari senarai rumah yang hendak dilelong pada hari tersebut. Senang aje nk cari... cuma taip http://ubus.nstp.com.my dan anda akan dihidangkan dengan senarai rumah-rumah yang hendak dilelong mengikut tarikh lelongan masing-masing. Hmm... nyum2... aku pon terus mencari dan mencari. Mata terpaku pada satu hartanah yang terletak di Bukit OUG. "Ok ke Bukit OUG ni ek?" hati berdetik lagi. Takpe, seterusnya aku cari pula maklumat berkenaan dengan Kondominium Bukit OUG. Nampak ok dan tanpa membuang masa aku telefon pihak pelelong untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kondominium tersebut.
"Ya cik, semua bil tertunggak akan dibayar oleh pihak bank kecuali Indah Water, TNB dan Air."
Wah... bagus ! Aku rasa memang nak beli rumah ni. Tapi kenalah pegi survey dulu. Sayangnya aku tak sempat nak pergi survey pon oleh kerana kesuntukan masa. Tapi niat kuteruskan jua...
Hari yang ditunggu-tunggu pon tiba. Tapi alamak! Aku dah lambat! Bank Draf pon x buat lagi. Macamana ni? Takpelah pakai kad kredit aje. 5% daripada harga rumah sebagai deposit. Berbaloi. Walaupon aku sampai lewat, tetapi rumah idamanku masih belum disunting orang. Akhirnya aku berjaya membeli rumah itu dengan harga reserve! RM108k berbanding harga pasarannya rm150k. Wow! Kalau aku refinance semula dalam masa 3 tahun lagi insyaAllah senang-senang rm40k tunai berada dalam tangan. Harap pelaburan ini berbaloi dan diberkati olehNya...
ak3838
4 months ago
0 comments:
Post a Comment