Wednesday, August 6, 2008

Tinjauan ke Kondominium Bukit OUG

Salam,
Malam tadi (6 Ogos 2008), hati bagai digaru-garu ingin melihat rumah yg baru dibeli. Akhirnye cik abang setuju. Horay! Maka bermulala perjalanan mencari lokasi Bukit Oug.

Lokasinya berdekatan dengan tol di Awan Besar. Agak ke dalam dan dikelilingi dengan kondo dan banglo-banglo mewah sebelum sampai di Kondo Bukit Oug. Aku agak berpuas hati dengan kebersihan kawasan kondo. Jam dah pukul 10 malam. Unit yg aku beli nampaknya di diami orang. Huhuhu hati mula kecut sebab takut manalah tau along yang duduk situ. Aiyaa manyak takut woo... Abang memberanikan diri mengetuk pintu beberapa kali, akhirnya kedengaran suara perempuan Cina dari dalam bertanya "Siapa...?"

"Saya sudah beli ini rumah. Ini rumah sudah lelong... " jawab Abang...

Akhirnya pintu dibuka dan muncullah amoi berseluar pendek di muka pintu. Dia menerangkan yang dia hanya menyewa di situ sebanyak RM700 sebulan daripada ejen dan akan keluar dalam masa 2 bulan kerana masih ada deposit berbaki 2 bulan pada ejen. Abang pula tidak peduli dan menegaskan yang dia perlu keluar daripada rumah itu ataupon boleh terus menyewa daripada abang. Akhirnya kami memutuskan untuk menghubungi ejen pada hari berikutnya untuk menyelesaikan hal tersebut. Pandangan rumah daripada luar, rumah nampak bersih dan dijaga dengan baik. Penyewa tinggal bersama suami dan anaknya tetapi suaminya belum balik rumah lagi. Kami minta maaf sebab mengganggu dia malam-malam buta... (bersambung...)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

.