Sunday, August 24, 2008

Settle pasal loan rumah

Orait kali ni aku nak cite pasal kekusutan loan rumah tu dah settle dah. Alhamdulillah... Aku dgn laki aku dah pon sign offer letter daripada Ambank. So lepas ni tunggu jelah proses seterusnya. Tugas lawyerla pulak. Aku x taula sempat ke tak nak settle dalam masa 90 hari (biasala rumah lelong ada tempoh settle ni, kalau x settle ada penalti tapi xdela byk sangat. Boleh buat rayuan panjangkan tempoh)

Ikut pengalaman aku yang lalu, beli daripada EON Bank pastu buat loan company dapatla settle betul-betul sebelum due date. Tapi EON Bank punya tempah lama la 120 hari. Ambank ni 90 hari je tapi aku takdela risau sangat sebab loan aku pon daripada Ambank so hopefully prosesnya lebih mudah dan cepat :)

Sekarang ni aku tengah tunggu jugak duit daripada proses refinance rumah lelong aku yang pertama dulu kat Bandar Sri Permaisuri. InsyaAllah dapat antara RM 19-20k. Memangla x berapa nak banyak banding dgn otai2 property tapi aku puas hati la sebab dpt balik apa yang aku laburkan dulu & pada masa yang sama rumah tu still milik aku. Lepas ni ingat nk beli low cost jelah pasal takut loan x leh lepas... hehehe... Aku target Bandar Tasik Selatan jelah pasal Bandar Sri Permaisuri tu dah ramai orang attack.

2 comments:

cantik design blog ni.. kalau ler saya reti design sebegini rupa.. huhuhu

anyway, congats!

hehe.. terima kasih bg tunjuk ajar. saya ni mmg baru berjinak2 dgn blogspot ni..Biasa kat wordpress. tu yg x reti lagi.. tp tq kat awak

Blog Widget by LinkWithin