Mungkin ada antara pembaca yang pernah mendengar tentang LOA. Pertama kali aku dengar pasal LOA ni sewaktu menghadiri latihan yg dianjurkan oleh agensi hartanah tempat aku bernaung. Cewah! Tak ramai ejen yang datang. 4 orang sahaja. 2 Melayu 2 Cina. Aku sorang je wanita melayu terakhir. Haha...
Selesai briefing, kami diberikan kad bisnes dan sekeping CD atau lebih tepat lagi CD motivasi. Sarat dengan audio, movie, ebook motivasi drpd individu terkenal seperti Robert Kiyosaki dan banyak lagi. Pesan pengetua kami, yang lain boleh x tengok tapi jangan x tengok pasal The Secrets, Law Of Attractions. Dah dia pesan mcm tu, lepas 2 bulan drpd training baru aku tergerak nk tengok movie the secrets ni.
Selepas je tengok movie the secret ni aku rasa mcm Wallah! menyesal tak tengok awal2... aku x reti nak ulas tapi aku copy paste ulasan drpd blogger ni yg aku rasa agak tepat dan bernas la...
Kesemua pakar-pakar dalam LOA mengatakan segalanya bermula dari apa yang anda gambarkan di minda atau anda fikirkan.
Samada negatif atau positif. Walaupun anda tidak menginginkannya berlaku kepada diri anda, tetapi anda telah membayangkannya di minda anda, anda akan memperolehi apa yang anda tidak inginkan. Itulah asas yang perlu anda tahu apa yang dimaksudkan dengan LOA. LOA tidak sekali-kali bertindak dengan apa yang anda ucapkan.
Jadi untuk anda memanfaatkan LOA untuk kebaikan diri anda, anda perlu kenal diri anda sendiri. Tahu bagaimana untuk mengarahkan setiap apa yang anda fikirkan. Jadi bagaimana untuk anda melakukannya?
Salah satu yang membezakan minda seorang kaya dan minda orang miskin yang lain ialah orang miskin hanya perlukan kekayaan , tetapi seorang kaya inginkan kekayaan. Mahu (needs) mencerminkan keadaan kita saat ini, what-it-is. Sedangkan keinginan (wants) mewakili keadaan what-it-shall-be.
Anda boleh lihat, mereka mempunyai asas pemikiran utama yang berbeza. Disebabkan asas fikiran yang utama berbeza, tentu anda dapat membuat andaian apakah imaginasi yang hadir difikiran mereka.Yang selalu tergambar difikiran orang miskin adalah keadaan mereka yang serba kekurangan, dan menderita. Oleh itu, apa yang tergambar difikiran mereka akan mengaktifkan emosi negatif yang akan membantu LOA bertindak.Jadi tanpa mereka sedari mereka akan memperolehi setiap apa yang mereka inginkan melalui gambaran di minda. Kerana itulah orang miskin akan menjadi semakin miskin.
Berbeza dengan orang kaya. Apa yang mereka fikirkan adalah apa yang mereka inginkan (wants). Emosi yang muncul adalah emosi positif. Akibatnya? Mereka menjadi semakin kaya.
Jadi bagaimana untuk anda mengarahkan fikiran anda, anda perlu tahu bagaimana untuk membezakan atau mengawal emosi anda…. Bersambung.
Sumber : http://linncomel.com/index.php/2007/05/28/law-of-attraction-3/Actually aku dah dapat rasa effect drpd LOA ni tapi lain kali la aku cite ek... kasi suspen sket... hehehe...
3 comments:
cik fara, mane nak dapat CD secret ni ye?
eh lupe lak nak tinggal nama- danial a.k.a amod :)
Salam Danial,
CD dan buku2 tentang LOA ni ada dijual di kedai2 buku... boleh google juga... :) All the best!
Post a Comment