Thursday, November 20, 2008

Arghh delay lagiii...

Hari ni mcm hari-hari yang biasa jugak sibuk follow up dengan lawyer, banker etc... Untuk Casa Subang, semalam ada valuer call daripada Henry Butcher. Dia kata nk buat valuation & nak tengok dalam rumah. Dia nak mintak aku kunci la or pegi sama2 tengok rumah dengan dia. Selagi dia x buat valuation, bank takleh disburse duit... oo itu mcm ka... aku mana la ada kunci... kan developer kerek tu x bagi lagi. So aku suh dia tinggalkan no telefon nanti kalau aku dah dpt kunci aku call dia balik.

Lawyer aku dah dptkan surat drpd lawyer bank pelelong yg mengatakan kami ialah pemilik baru unit tu. So tugas aku sekarang utk bwk surat tu ke developer dan campak ke muka mereka... hahaha xdela bwk pastu claim nk kunci & access card la... kalau diorang tak bagi gak lawyer aku suh diorang call lawyer aku... gitu le ceritenya tapi aku mcm x yakin je dengan surat ni... aku pon fax le ke developer semalam. Aku nk diorang tengok dulu surat ni baru aku pegi sana... Karang susah2 aku pegi sana diorang x terima lagi aku hangin satu badan...

Malangnya, drpd semalam aku x dpt ckp dgn developer nye person in charge... eii geramnye. Hari ni call dia cuti pulak. Eiii geramnye lagiii. Aku terpaksa tunggu hari isnin. Dahla xde org lain boleh ganti dia kt situ... eiii bertambah geram aku... sabo... sabo... hahaha...

Untuk rumah klien aku, flat Segar Ria tu pulak yang aku menang hari tu, utk pengetahuan korang klien aku keje kt Indonesia, dia transfer je duit kt aku & akulah yg uruskan daripada pilih rumah, buat bank draf, pegi bid, lantik lawyer & applykan loan. Apply loan via emel je canggih x canggih zaman sekarang ni. Drpd Indon pon boleh apply loan. Mudah dan pantas. Cuma aku x pegi tengok rumah tu je. Sebab rumah tu jauh sket drpd rumah aku. Kalau dekat bolehla aku tengok2 kan... Tapi dia x kisah dia suruh aku proceed je walaupon aku x dpt tengok rumah tu. Alhamdulillah dia dah suruh kwn dia tengok lepas menang bid... rumah tu kosong. So legala kan... Isnin depan 24/11 dia akan balik daripada Indonesia utk sign offer letter drpd bank dan loan agreement drpd lawyer. Aku dah kautim dgn lawyer supaya dia boleh sign dua2 tu dlm masa seminggu. So dia kena cuti seminggu la... Senang sikit xdela dia nak kena balik 2 kali utk sign benda2 ni kan... jauh tu kt Indon...

Aku ada jugak tengok senarai rumah lelong dalam masa terdekat ni... menarik jugak... cuma aku dah kering & takut loan x lepas. Rumah Cemara yang aku refinance tu still stuck kt Pejabat Tanah. Aku suruh lawyer follow up kt Pej Tanah. Ini jwp dia : " Saya x beranila awak sebab orang yang jaga bahagian strata tu garangggg " Aduh! sakit segala sendi aku dengar jawapan dia ni... Orang gomen mmg garang2 ke??? Patut ke garang2 ni?? Adoiiiii

Untuk geng2 yang tanya pasal auction Casa Subang, ada 2 unit lagi untuk dilelong :

27TH. DAY OF NOVEMBER, 2008, AT 11:00 A.M.
RESERVE PRICE : RM189,000.00
Type : A 3-Bedrooms Apartment Unit
Address : No. B-21-10, Casa Subang Apartment, Jalan Subang 1,
USJ 1, 47600 UEP Subang Jaya, Selangor.
Floor/Land Area : 682 square feet (63.36 square metres)

12 December 2008 3 pm
Type : 4 bedroom service apartment [Bumiputra Bidders only]
Address : No. A-03A-07, Pangsapuri Casa Subang, Jalan Subang 1, USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
Floor/Land Area : 1,062 Sq. Feet.
Reserve Price : RM 216,000.00

Details boleh kontek aku ;)

7 comments:

mmm...gomen dept ni mmg lembab la...sy nya kes consent ri tu pun makan bulan... kita yg makan hati jdnya..

itula pasal kak ct... dah lembab garang lak tu... sakit jiwa dibuatnye...ikut hati nak je saya call sendiri tapi kecut jugak..haha

bagi jer nama dia, bagi aku call. dia PTGWKL ke??. diaorang nie kena marah sikit. bukan apa jabatan kerajaan nie ada time frame utk buat kerja. memang selalu bagi alasan fail banyak ler, fail x jumpa ler.....

wow sape anonymous ni? keje kt pej tanah ke? aa mmg PTGWKL... kalau x keberatan boleh letak nama & no tipon mesti ramai nk kontek ko mintak tolong marah...hehehe...

This comment has been removed by the author.

tak sumer jab kerajaan mcm tu..ader ramai pegawai dan staff kerajaan yg melayan pelanggan dgn ramah dan senyuman tp biasa la.. biler ader yg buruk, yg buruk tu la yg di highlight. yg org ingat. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

yup betul tu... tapi pengalaman ni betul2 buat org yg terkena sakit hati... huhuhu

Blog Widget by LinkWithin

.