Thursday, December 25, 2008

Cyberia Condo @ rm184k

Alhamdulillah kelmarin kan aku cerita aku pegi bidding... ni la nak cerita detail sikit. Sampai sana dah pukul 2.30. Jumpa rakan jv. Actually rakan jv ni adalah ejen yang guide aku waktu aku nak beli rumah lelong pertama aku di Cemara Apartment 3 tahun yang lepas. Aku refresh dia balik. Dia ingat la... kelakar betul... Dah 7 tahun dia jadi ejen full time. Mesti masyukkk dan banyak pengalaman dia berbanding dengan aku yg setahun jagung ni... Memang mudahla jv dgn dia sebab dia orang lama... aku korek2 jugakla tips dia buat marketing sume macamana... dia pon byk gak share pengalaman dia dalam industri ni... persaingan yang sengit etc. Dia ada mesin fax kt rumah. Senang la nk register sume. Dia kata kalau aku ada mesin fax nanti mesti aku x nak jv dgn dia sbb aku leh direct fax je kt auctioneer...hehehe... betul gak tu. Actually prop ni boleh je aku x nak jv tapi memandang kan agensi aku tutup 23/12 aku terpaksa jv dgn dia untuk membolehkan proses pendaftaran ke auctioneer (pakai fax le...aku lak cuti kt rumah 23/12 mana nk cari mesin fax). Bagi dia jadi ejen part time ni susah nak fokus. Aik ini mcm aku kena benti keje la... hehehe... memang aku ada perancangan ke arah itu. Wait & see jelah...

Berbalik pada auction, kali ni aku masuk untuk kondo di Cyberjaya iaitu Cyberia Condo. Reserve price rm180k. Ade 2 rumah di Cyberia Condo untuk dilelong dan kedua2nya mempunyai RP yang sama. Bila sampai turn aku, tengok2 ada org lain daftar jugak. Aduhh... igt dah boleh dpt RP. Tapi nasib baik aku menang @ rm184k. Alhamdulillah. Okla tu naik sikit je. Instinct aku memang boleh pakai... hahaha... Tahniah to Wida! muda2 lagi dah ade 2 property (yg aku tau la)... Kalau x silap dia kata rumah ni ada penyewa duduk... so pandai2 la nego dgn diorang tu... kalau boleh sambung je kontrak lagi senang x yah susah2 nk cari penyewa lain dah tu kena mekap2 rumah pulak... apa pon terpulang lah pada cik Wida kite ye... :)

Kejap lagi aku nak pegi Ehsan ambik kontrak jualan. Lepas tu bagi kat Wida. Wida bolehla start buat loan etc etc. Jgn risau Wida ramai kumbang2 expired yang akan menawarkan bantuan jika Wida ada apa2 masalah ... muahahaha... dan juga selamat main paintball la pada korang semua. Sorryla aku x dpt join sebab bos besar (asben aku) ada hal. Nak buat camne kan. Anyway enjoy le korang semua... Tentang komisen, aku akan bagi cket kt Wida sebagai tanda penghargaan sebab register dengan aku. Client lain pon sama insyaAllah... tapi lambat la mkn 3-4 bulan gak (setelah loan disburse...) Sabau jelah!

4 comments:

Hehe.. glamer la saya.. hehe..

Trima kasih kak Fara sebab tolong kan..

Tahniah ..
4K jer lawan bidaan?..
ada pakai ilmu niih..

ilmu nguratt pihakk lawann .. hehehe

hehehe pandaile ko pie... kalau aku ngorat mesti dapat rp terus... hehehehe

Blog Widget by LinkWithin

.