Monday, April 11, 2011

Kisah Shoplot : Sad ending!

Dah lama aku nak update pasal kisah shop lot ni tapi masih tak nak terima hakikat sebenarnye yang ianya gagal.... sob sob...

Memang banyak halangan dari segi mendapatkan loan utk shoplot ni. Kami apply lebih daripada 5 bank sampai letih (banyak tu nak kena fotostat) tapi akhirnya Public Bank mcm bagi green light loan kami akan lulus. Bila kami dengar PBB Bank kata: "Eh saya rasa takde masalah ni pinjaman ni insyaAllah boleh lulus". Maka besarlah harapan kami agar proses pembelian berjalan lancar...

Tapi... keesokan harinya kami diberitahu oleh pihak PBB Bank bahawa vendor (pihak penjual) sudah ade notis bankrap! What??? memang berita ini sungguh mengejutkan....Makanya kami dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembelian kerana kalau kami teruskan juga kami jugak yg rugi... sebab proses tukar nama tentu tidak dapat diteruskan.

Kami dah bayar 3% untuk booking. Alhamdulillah kami dapat berita yg duit booking kami akan dipulangkan. Itupon setelah berhempas pulas mencari bukti yg notis bankrap telah dikeluarkan oleh pihak bank. Sebabnya vendor belum lagi di isytiharkan bankrap... Dalam proses nak bankrap la tu... So kalau kami tak dpt bukti tu maka deposit kami akan hangus.

Kami still menunggu refund daripada pihak ejen (sebab ejen tu yang pegang duit deposit tu). Ntahla bila akan dapat... masih menunggu dengan sabar...Walaupon kami gagal mendapatkan lot kedai tersebut tapi banyak jugak perkara baru yang dapat dipelajari...

Moral of the story : Cek dulu background vendor sebelum bayar duit booking. Pastikan vendor tidak bankrap dan bersih daripada notis bankrap. Cara nak cek? InsyaAllah aku cerita di entri akan datang...

Kalau ada yg dah terkena mcm kami, think positive and never give up... insyaAllah ada rezeki lain di masa akan datang :)

5 comments:

Standard la tu sis. Belajo dari kesilapan.

Byk bersabar..ada hikmah disebalik setiap kejadian. Good info utk panduan rakan2 seperjuangan. Tq

It's ok Fara, rezeki di shoplot lain.

InsyaAllah..akan ada rezeki lain.. Semoga dimudahkan.. Amin..

:) Amin...

I ok je... jgn risau...

Thanks all!

Blog Widget by LinkWithin

.