Tuesday, April 12, 2011

Q&A: Masalah yang agak kritikal

Assalamualaikum Kak Fara,

Maaf mengganggu.

Dulu masa mula2 nak beli umah lelong nih (tahun 2009) ada pernah minta advise dari kak Fara.
And now nak tanya lagi. sorry sangat2 sbb mengganggu.

1- Saya dah beli unit lelong tu tahun 2009. Takde kunci- so, saya buat report polis untuk buka pintu umah tu & skrg dah duduk dah pun unit lelong tu.
2- semua maintainnace fee yg tertunggak, cukai taksiran semua saya dah clear. Loan dgn bank pun semua dah clear & dah sign dah pun. Saya takde problem lansung nak dapatkan loan rumah.
3- bank pelelong ialah maybank. Loan rumah saya pun maybank juga - sbb nak cepatkan proses.
4- Tapi sampai sekarang, saya tak start pun lagi bayar pinjaman perumahan tu. Dah 2 tahun. Saya follow up lawyer, tapi lawyer tu cakap "belum lagi"
5- Sampailah satu hari- rumah saya bertampal2 dgn notis "untuk dilelong". Bila saya call lawyer kenapa jd macamni- baru dia kelam kabut nak pegi deal dgn lawyer bank pelelong. Mujur sempat lelong ditarik balik.
6- Sekarang masih tak settle lagi & saya dah penat. Bila saya call lawyer - HP dia off. Bila saya jumpa dia kat office- dia kata jgn call HP.
7- Lawyer suruh saya follow up lawyer bank pelelong tu sendiri & suruh saya buat rayuan.

soalan saya
1- Selalunya berapa lama segala urusan macamni nak selesai? Kenapa dalam kes saya ni memakan masa terlalu lama? Normal kah?
2- Apa kos yg saya kena tanggung sebab dapat lawyer yg lembab macamni? - lawyer ni dicadangkan oleh maybank tempat saya ambil loan perumahan tu.Lawyer saya tu cakap nanti saya kena bayar interest. Interest apa tu?
3- Apa tindakan yang saya boleh ambil kalau tiba2 rumah saya 'dilelong' sekali lagi? Sekarang ni saya mmg sentiasa bayar maintainance fee dan segala bil2.
4- Adakah mmg tanggungjawap saya pula nak kena follow up lawyer pelelong tu every now & then?

Saya tak fahamla kak fara.
Pening & berserabut kepala otak dibuatnya.
Harap kak Fara boleh bantu.
Minta maaf sekali lagi sbb ganggu.

Terima kasih.
Nora Hakimi

PS: Mintak tolong sesiapa boleh bagi satu solution untuk masalah ni. Aku akan bagi solution aku kemudian... sekarang agak berserabut sikit... eceh... dah mcm style blog bro ni lak... jgn marah ye bro... nanti cepat tua...

5 comments:

ini kes lawyer loan malas la ni.. utk maslahat bersama ada bagus gak share nama lawyer kat sini.. so orang lain tak terkena..

sebab harta tu harta kita sendiri.. ada baik follow up sendiri..kerja sama2 dgn lawyer.. mintak no ofis lawyer sekali.. ckp pd lawyer, klu dia tak settlekan kes awak, awak akan report pada badan lawyer..cuba settle down dgn lawyer pelelong sekali..

nasihat saya ialah pergi "serang" dua2 lawyer yang mengendalikan file cik. Dalam kes lelong ni kita kena rajin follow up status termasuklah banker dan pemaju [kalau rumah bukan landed]. kita ada rights untuk follow sbb kita yang bayar service dorang. kebiasaanya saya menggunakan khidmat lawyer menguruskan urusan dokumen , maksudnya satu lawyer dokumen dan satu lawyer loan. mmg mahal sikit tapi 2 kes lelong complete on time dan hanya satu kes sahaja yang kena minta extension 2 bulan.

kena banyak sabar dan rajin2lah buat follow up.

dulu lawyer aku xla lembap cume developer yg slow nak kluar surat release letter.

senang citer, hari2 aku call developer dgn lawyer sampai diorg muntah.

jgn malu nak call.u pay for their services.kalau tahap sampai nak maki.maki je tahap gaban,ugut je nak report BAR council.
kalau lawyer ni jenis x mo berniaga kompom die x layan .baik ko carik lawyer lain

Satu Solution ialah jumpa dengan Lawyer Pelelong dan ketahui isu sebenar.

Email peguam asal dan CC kepada peguam pelelong, dan CEO Maybank

First Step

Thanks atas semua solution... saya juga berpendapat begitu... jgn biar kes berlarutan sehingga terlalu lama... memang jadi tanggungjawab pembeli utk follow up sentiasa at least seminggu sekali bertanya tentang status pindah milik/loan dan sebagainye... untuk mengelakkan masalah seperti ini terjadi... jgn malu bertanya nanti sesat jalan...

Blog Widget by LinkWithin

.