Al kisahnya, semalam peserta seminar Property & Co, En Y masuk bidding untuk rumah di Bukit OUG (BO) Condo. Bagus betul En Y ni sebab lepas pegi seminar dia terus take action. Memang itulah yang aku harapkan daripada setiap peserta seminar. Please take action ok! :)
Ada 2 buah unit BO yang dilelong kelmarin, RP 108k dan RP 125k.
Mengikut cerita En Y, ramai betul yang masuk membida untuk unit tersebut. Akhirnya harga mati pada rm240k dan rm245k. Wow! Memang harga yang diluar jangkaan aku.
Kisah ini mengingatkan aku pada kenangan manis 3 tahun lepas di mana aku memenangi bidding unit BO dengan harga RP 108k walaupon aku datang lewat ;)
Begitu berbeza sekali kisah 3 tahun lepas dan kisah bidding kelmarin...
Kenapa aku kata harga mati rm240k diluar jangkaan aku? Sebabnya 3 bulan lepas aku baru sign offer letter untuk refinance unit BO ini. Valuer bagi harga mv 150k shj? Hmmm... betapa tak puas hatinya aku hari ni...
Sampai terasa nak lelong unit sendiri.... hahaha...
Apa yang dapat dipelajari daripada cerita bidding kelmarin? Pendapat peribadi aku, memang sekarang ni market untuk penjual, pembeli excited nak beli rumah...
Bila aku cek dekat mudah.my, unit BO tu memang minima pon iklan letak rm240k utk keluasan 1222sf... hmmm... no wonder mereka berani bid sampai rm245k...
Untuk sesiapa yang rasa nak jual rumah... inilah masanya! Aku pon nak juallah unit BO aku ni... sape-sape nak beli aku bagi harga rm250k. Subsale maa... harga tinggi sikit daripada lelong... hehehehe... LRT station is under constructions just a minute walking distance from this condo.... hurry!
ak3838
4 months ago
15 comments:
hasil macam2 seminar hartanah sekarang ni... investor a.k.a speculator dah makin bertambah...;)
rasa2nyer tak bagus untuk industri hartanah ni.
hm.. rasanya yg bid sampai mv atau lebih MV tu org yg tak belajar atau yg belajar tp tak mahu ikut apa yg dier baca atau apa yg dier dengar dlm seminar/kelas.
kalau lelong, buat apa beli mv? baik beli subsale je. saya mmg tak faham. dah la kena dahulukan 10%, then ada 14K maintenance tertunggak, then nnt kena bayar air api tertunggak. kemudian mungkin ada risiko rumah rosak, nak kena baiki. hm..
that's the different between smart investor and 'not so smart' investor ;)
Wakif, sharing is caring... kenapa nak tamak sedangkan banyak lagi hartanah kat KL dan Malaysia ni...
saya sendiri turun ketika lelongan ini.. sudah byk kali turun lelong tapi baru pertama kali terlalu ramai orang dan sehingga auctioneer PAH kata "tak perlu lagi register, siapa ada bank draf boleh bid".. unit yg saya nak masuk VMC Puchong pun naik gila2 sehinga lebih ~50k dari RP.. ini market sudah gila....
pergh fara sudah mau cash in. ko pegi jer yg auction BO, so ko offer pada orang yang kalah, sure ada org mau maa
@ ctfarazila : betul sharing is caring...;)
bukannya isu tamak ke apa cuma ini akan menyebabkan harga property akan meningkat (secara tak realistik)dan harga rumah menjadi mahal... at the end property bubble.
so utk industri tak bagus. kalau fikir diri sendiri xde hal lah selagi boleh rempit kita rempit...;)
wakif, maksud awak kalau takde seminar property harga takkan naik? seminar property penyebab harga naik? saya tak rasa sebab tu... sebab kalau org yg belajar, dier takkan beli property yg mahal dan tak worth it. org yg tak belajar properly yg cuma dengar ckp org yg buat silap begini. kalau awak nak salahkan seminar, sama lah mcm awak salahkan kita yg kongsi kisah property invrstment kat blog. sebab blog kita lagi teruk.. bg info tak structured. info free sapa2 leh baca. tu yg diorg tak blaja properly dan main hantam keromo je.. mcmtu apa kita semua kena tutup blog la.. tutup semua blog property di malaysia.. ok?
good discussion wakif & eun-yong.. diskusi anda berilmiah... walaupun ada nada kurang enak.. biasalah tu.. siapa yang tak biasa dgn ayat2 ni boleh masuk blog aidibmuaidib.. lagi pedas bahasanya tapi cukup berilmiah...
Fara, pelik jugak bank value RM150k vs MV RM240K. betul ka MV tu? Dalam mudah.com... property price diaorang letak entah apa2...
saya selalu rujuk benda2 ni nak tau harga property yang "sebenar":
1. harga RP lelong
2. harga di mudah.com
3. harga subsale dari agent/direct owner
4. kadar sewa kat situ.
5. harga rumah berdekatan kawasan tu.
6. aku beli ni nak duduk ka, sewa ka, jual ka, apa objektif aku
7. logik tak aku nak bayar sebula RMXXX untuk tinggal dalam rumah yang XXX sq ft dll.
semoga infor ni bermanfaat. lain orang lain cara dia menilai mutiara dalam ribuan kaca :)
6.
eun-yong, janganlah sempit sangat sampai kaitkan harga property dengan seminar property..;) aku tak maksudkan itu pun... in fact seminar/blog semua ni bagus utk bagi education kat orang ramai.
cuma aku nak share dari perspektif yang lebih besar, that's why aku cakap dalam industri hartanah... semua ni ada negative effect to industri/ekonomi sebab tu kerajaan dah perkenalkan macam2 measures utk stop/controlkan benda ni. Tujuan hanya satu nak elakkan harga rumah naik disebabkan speculation dan rakyat (genuine buyer) tak mampu nak beli rumah.
setuju dengan Wakif.....makin payah nak beli Hartanah yang sederhana pada harga yang rendah lagi... semua nye disebabkan tamak haloba penjual nak jual dengan keuntungan yang maksimum...(Konon mengikut MV ciptaan mereka sendiri)
Tak kira Bank suka kalau MV tinggi...kerana Loan 90% tetap tinggi...Valuer pun dapat percent yang lebih ...
Yang merana pembeli yang nak duduk/ milik rumah sendiri tapi bayaran bulan yang sembelih leher punyeeee..geram!!
wakif, bacalah balik komen anda...saya hanya komen based on komen anda.. saya tidak sempitkan pemikiran saya.
@ibrahim, yelah... tatau apa motif diorang nak bid habis habisan...
@matjoe, yelah... rasanye dah sampai masa utk menuai...
@Peaceful Homestay, harga yang naik mendadak di Bukit OUG Condo adalah kerana stesen LRT yang sedang dibina berhampiran kawasan kondo...
@wakif & eun-yong, bagi saya sedikit sebyk seminar hartanah ada juga mempengaruhi nilai hartanah tetapi peratusannya adalah amat kecil berbanding faktor-faktor lain seperti inflasi, spekulasi, harga bahan binaan, property branded from reputable company dan lain-lain...
my 2 cents...
eun-yong... yer sebab kat dunia cyber ni kita hanya boleh buat tanggapan dgn baca penulisan seseorang sedangkan niat seseorang tu berlainan... mesej yg nak disampaikan tu kat bawah... maaf jika terkasar bahasa...;)
Post a Comment