Sunday, September 18, 2011

INGIN MENJADI MAGNET WANG?

Oleh: Datuk Dr Maznah Hamid

Guru yang mengajar saya mengenai bagaimana nak menarik wang datang pada kita atau menjadi magnet wang selalu berpesan. Katanya. Jika kita mahu jadi jutawan.

Pertama sekali minda kita mestilah berfikir sebagai seorang jutawan.

Berpersonaliti menarik.

Bertindak.

Bekerja.

Bercakap dan ada PR terbaik.

Paling penting berupaya membantu seramai mungkin orang lain mendapatkan apa yg mereka inginkan!

Adakah anda ingin menjadi magnet wang?

Money Magnet!
Ilmu pertama yang perlu kita pelajari ialah The Universal Law of Attraction. Undang-undang alam daya tarikan. Guru saya orang Canada. Hingga ke Canada nak menuntut ilmu magnet wang ini!... berikut saya kongsikan beberapa langkah permulaan yang perlu kita segera ambil.

1. Hapuskan dari pemikiran apa jua kepercayaan mengenai kekurangan wang.

2. Hapuskan kepercayaan ‘sukarnya nak cari wang’

3. Hapuskan kepercayaan hanya kerja2 sukar dan mustahil saja yg boleh buat wang.

4. Hapuskan kepercayaan anda mengenai HUTANG DAN KERUGIAN! Kerana ianya amatlah sial dan membinasakan.

5. Hapuskan pemikiran dan percakapan ‘aku tak mampu’. Terlalu mahal! Aku takkan pernah MAMPU! Hapuskan! Singkirkan dari pemikiran dan kepercayaan anda!

6. Buka minda anda untuk menerima! Menarik WANG dari pelbagai sumber & arah. Ganjaran dalam perbagai bentuk. Pasti yang HALAL. Ok hari ini cuba kita praktikkan. Hapuskan semua kepercayaan2 ini dari pemikiran dan amalan kita ya!

Selamat mencuba! Rasai, Hayati perbezaannya...!

MARI KITA JADI MAGNET WANG (Part. 2)

Setelah kita menghapus semua kepercayaan2 negatif dan tidak membina dari pemikiran dan amalan kita. Langkah bijak seterusnya ialah...

7. Kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kasih. Bersyukur. Menghargai walau sebanyak manapun wang yg. Kita ada. Katakan pada diri anda. ( ni cara guru org. Puteh ajar la) wang adalah Bagus. Wang amat penting. Saya sukakan Wa...ng! Dan Wang juga sukakan saya. Wang akan dapat membantu saya untuk membantu orang lain. Ulang x 2. Dari sudut psikologi. Ianya secara langsung akan menghantar signal. Isyarat kepada minda kita dan dunia di sekitar utk menarik dan menghantar lebih banyak wang dari pelbagai sumber termasuk & ganjaran2 yg tidak kita jangka

8. Hapuskan dari pemikiran anda apajua perasaan geram. Marah. Kutukan dan kritikan pada orang KAYA. dan berjaya. Kerana pemikiran begini tidak akan membantu 'Apapun' dan. WANG JUGA AKAN LARI JAUH DARI ANDA. Percayalah! Kerana ianya berlawanan dengan hukum alam. Undang2 tarikan!

9. Hargai kekayaan dan kemewahan orang lain dengan menyatakan kekaguman. Sanjungan apabila melihat sesuatu yang anda ingin terjadi pada diri anda. Berdoa dan bersyukur pada tuhan utk diri anda dan orang yg anda ingin ' Jadi' tu. Bersambung...

INGIN MENJADI MAGNET WANG? (Part 3) . Sambungan.

10. Sentiasa bersyukur dan menghargai berapa banyak wang yang anda ada. Sikap ini akan menarik lebih banyak WANG ke dalam hidup anda dan berpotensi utk menggandakannya.

11. Hargai dan syukurilah setiap sen dan ringgit yang anda perolehi kerana ianya adalah rezeki.

12. Kasihi diri mu dan letakkan diri mu terlebih dulu. Bantu diri mu dulu supaya berupaya membantu orang lain.

13. Ingatlah utk membayar diri mu terlebih dulu. Bayar hutang setelah bayar anda dulu. Sikap ini akan memberi isyarat pada minda separuh sedar kita dan seluruh dunia bahawa diri anda diletakkan terlebih dulu dan anda memang berhak dan layak menikmati kekayaan.

14. Yakinlah bahawa anda dilahirkan ke dunia utk mencipta kejayaan dan kekayaan sekiranya anda benar-benar berusaha memperolehinya!

Selamat mencuba! Rasai, Hayati perbezaannya...!

2 comments:

dia pakai tudung macam nak taknak jer. hmmm

matjoe, aku lebih suka tengok benda yang positif je... isu tudung tu, kita doakan yang terbaik untuk dia ye...

Blog Widget by LinkWithin

.