erk... alamak dah lama dah pegi convention ni tapi baru sekarang nak update.... maaflah kawan-kawan aku terlupa la. Aku bukan pergi sorang-sorang. Kali ni seronok sebab ada ramai kawan... PropertyWaltz, Sufir, Syah, Nicole dan Sara pon ada. Aisey lupa nak amik gambo dengan Nicole dan Sara sebab diorang duduk jauh sikit.
Berbalik kepada kisah konvensyen, ada 9 orang speaker jemputan untuk seminar 2 hari ini. Semuanya hebat-hebat belaka.Aku dapat rasakan aura magnet wang diorang ni. Power! Semua berfikiran yang sangat-sangat positif. Memang best lah! Peserta pula lebih daripada 1000 orang. Memang meriah.
Yang paling best topik mereka selari dengan keadaan semasa ekonomi di Malaysia. Bagaimana keadaan hartanah dan ekonomi sekarang... betul ke ada bubble... bila harga rumah nak jatuh... saham REIT... pelaburan retail lot... pelaburan shop lot... semuanya ada disentuh dalam konvensyen 2 hari ni. Boleh baca review tentang konvensyen ni di PropertyWaltz dan PropertyDance :)
Dan dalam ramai-ramai speaker tu, aku terpaut hati pada sape lagi kalau bukan Milan Doshi. (eceh!). Dan aku sudah ter sign up untuk full course dia yang menelan kos agak banyak juga bagi aku. Tapi aku dah nekad, demi mencapai target aku untuk mencapai financial freedom by age of 35 nampaknya aku kena jugak berguru dengan seseorang yang benar-benar profesional dan berpengalaman terutamanya dalam skop hartanah komersil. Aku pilih Milan. Semoga aku tidak tersilap membuat pilihan. Amin. Course ini berlangsung selama 3 hari bermula esok (7-9 Oktober 2011). Huhu so excited ok! Malangnya blogger RN tak dapat datang pulak sebab ada halangan. InsyaAllah Sufir pon akan hadir sama esok. Aku akan kongsikan di sini nanti ye. Moga Allah permudahkan. Amin!
Notebook from Wealth Mastery |
All the speakers on stage |
Kami berempat - bakal jutawan hartanah... ehem2 ;) |
2 comments:
salam...
em, blh tau x berapa harga full course milan tu..
salam,
harga full course lebih kurang rm5k...
Post a Comment