Auction property inside

Don’t work for money but let money work for you. Which one are you?

Our Services

Perkhidmatan kami merangkumi nasihat berkaitan hartanah lelong di seluruh Malaysia serta pembiayaan bank dengan kadar paling efektif. Anda tidak akan dicaj kerana komisen kami akan dibayar oleh pihak bank pelelong (itu pon jika anda adalah successful bidder pada hari yg bertuah itu!)

More About Me

Aku adalah aku... seorang hamba Allah yang ingin mencapai kebebasan kewangan sebelum berumur 35 tahun. Meminati bidang hartanah dan kini mula mengorak langkah demi mencapai cita-cita serta masa depan yang lebih bermakna.

Rujuk

Resit bayaran peguam yang ditolak terus daripada wang deposit pembeli
Alhamdulillah... beberapa hari selepas saya menulis entri yang ini, pembeli yang 'tak jadi' (en M) sebelum ini telah menghubungi saya dan menyatakan hasratnya untuk 'rujuk semula'. Jangan salah faham :) Bukan rujuk apa, cuma rujuk kembali proses penjualan Cemara kerana katanya dia kini mempunyai wang deposit yang mencukupi.

Ada juga beberapa orang pembaca blog yang mengemel saya menyatakan hasrat ingin membeli unit saya di Cemara tetapi saya lebih berat untuk meneruskan proses penjualan dengan en M. En M juga membuktikan yang dia tidak main-main dengan keputusannya kerana dia menyertakan sekali wang baki 10% deposit yang sepatutnya diberikan pada saya 2 bulan dahulu.

Tambahnya lagi, jika bank tidak meluluskan pinjaman yang dibuat atas nama isterinya, dia sanggup hilang wang deposit tersebut. Bagi pihak saya, saya bersyukur. Cuma saya mohon kepada peguam dan en M untuk melengah-lengahkan proses tukar nama dan disbursement kerana saya ingin mengelak daripada dikenakan penalti oleh pihak bank. Maklumlah bermula Julai 2012 pihak bank tidak lagi boleh mengenakan penalti seperti yang diarahkan oleh Bank Negara. Alhamdulillah en M dan pihak peguam pon bersetuju.

Semoga proses penjualan rumah dipermudahkan Allah. Amin.

8 comments:

  1. rohaniah noor said...
     

    nice story. when pure investor deal with a pure investor

  2. anip said...
     

    Maklumlah bermula Julai 2012 pihak bank tidak lagi boleh mengenakan penalti seperti yang diarahkan oleh Bank Negara..

    apa maksudnya?adakah pas nie tiada lagi lock in period??

  3. Process Oil Gas said...
     

    saya pun ingin tahu jawapan berkenaan persoalan di atas...

  4. AsrulSaniMdNinggal said...
     

    tak kena LIP tu termasuk S&P yang lama ke???

  5. ctfarazila said...
     

    Salam, sila rujuk http://www.propertywaltz.com/2011/11/peraturan-baru-bank-negara.html

    Harap membantu.

  6. Process Oil Gas said...
     

    Salam ctfarazila, boleh bagi penjelasan tentang kenyataan di bawah? Saya dapat daripada entry link di atas...

    "kalau anda ada projek property betul2 below market value yg bagus, yang memang pasti buat duit semasa beli rumah tu, baik buat loan segera."

    1. buat loan segera? ape beza dgn buat loan lepas Julai 2012?
    2. adakah LIP sedia ada terbatal lepas Julai 2012?

    Harap dapat membantu saya.

  7. ctfarazila said...
     

    Salam tuan,

    1. Buat loan untuk beli rumah adalah sangat digalakkan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu 1 Julai 2012. Takde beza buat loan sekarang atau selepas 1 Julai 2012.

    2. Ya. Bermula 1 Julai 2012 LIP sedia ada terbatal.

  8. Process Oil Gas said...
     

    terima kasih ye sebab sudi beri penjelasan. ^_^

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin