Thursday, April 19, 2012

Menang Bergaya

Paddle bertuah milik Kak Y
Khamis minggu lepas, bertempat di dewan lelongan Ehsan Auctioneers, sebuah apartment di Puncak Alam yang dilelong dengan harga rizab rm36k menjadi idaman Kak Y.

Lebih kurang pukul 2.40 petang saya tiba di dewan lelongan. Walaupon kami seringkali berhubung melalui emel dan telefon sebelum ini, inilah pertama kali kami berjumpa. Seronok dapat berjumpa Kak Y. Orangnya bersemangat bila bercerita tentang rumah dan tanah :)

Saya diberi peluang oleh Kak Y untuk membida bagi pihaknya. Kak Y kelihatan agak 'cuak'. Mungkin kerana ini adalah lelongan awam pertama yang dihadiri olehnya. Jadi dia meminta saya untuk membida bagi pihaknya.

Hmm berat tanggungjawab ni... getus hati saya.

Dalam debaran menanti lelongan bermula, saya memasang strategi.

Harga maksimum ikut bajet Kak Y : rm50k sahaja.

Saya tak dapat nak jangka Kak Y ada peluang menang atau tidak. Dalam hati terus berdoa kepada Allah agar Kak Y menang dan dipermudahkan segala urusan.

Tiba giliran lot idaman Kak Y. Pelelong mengumumkan terdapat 6 orang pembida. Aduh! Boleh tahan ramai. Sesi membida bermula. Harga rumah naik laju dibida pembida lain. Saya hanya memerhati. RM 45k, RM 46k, RM 47k, RM 48k, RM 49k... dan paddle bertuah Kak Y saya angkat buat pertama kalinya untuk harga RM 50k.  

Going once... going twice.... SOLD! sambil tukul diketuk.

Wahhhhh... alhamdulillah... Kak Y menang! Memang priceless tengok reaksi muka Kak Y ketika ini. Saya juga tak sangka Kak Y akan berjaya. Memang dah rezeki Kak Y. Alahai... bertuahnya. Kak Y kata harga sewa di sini mencecah RM 600. Kalau betul, maknanya ROI nya lebih 10% betul tak?

Terima kasih daun keladi Kak Y kerana menggunakan khidmat saya sebagai ejen. 

Tahniah dan semoga segala urusan selepas ini dipermudahkan Allah.

Amin.

2 comments:

Bukan rm51.8 ke? saya antara yang tak berjaya hari ni

rm51.8k? mungkin unit lain...
Kak Y punye rm50k.

Jangan putus asa... cuba lagik! :)

Blog Widget by LinkWithin

.