Sunday, April 8, 2012

Nothing is impossible!

Alhamdulillah segala puji bagi Allah...

5 April lalu salah seorang daripada klien saya, En Z masuk ke dewan lelongan buat kali pertama dan menang lelongan pada harga rizab. Wahhhhh!

Rumah yang dimenangi oleh En Z ialah sebuah kondo di Puchong, Vista Millennium yang berkeluasan 840sf. Bumi Lot dengan harga rizab rm117k. Tahniah dan semoga dipermudahkan urusan tukar nama dan lain-lain.

Saya jangkakan harga semasa unit tersebut ialah rm150k. Bertuah en Z, sudahlah pertama kali masuk ke dewan lelongan. Dapat pula harga rizab.

Siapa kata untuk tahun 2012 mustahil untuk dapat harga rizab di lelongan awam?

Ini dia gambar-gambar unit kondo tersebut yang diambil oleh en Z sebelum berperang di dewan lelongan.

Khas untuk semua bakal pembida, nothing is impossible!

Jangan takut atau serik untuk mencuba.

Jangan lupa untuk berdoa kepadaNya kerana Dialah yang maha pemurah lagi maha pengasihani  :)








Klik LIKE kalau suka entri ni :)

10 comments:

tahniah en Z dan fara sebagai agennya.

tahniah en Z..adakah dia bid lps pi kursus taiko lelong tu?

dua kali tgk saya tau di mana kondo ni.. aha... say atau la say a dok puchong.. dulu sini saya dpt below 90k.. sekarang gila dah harga tak boleh dilawan..

RN, thanks :)

Ruchan, en Z bukan peserta kursus taiko lelong.

AddisAbaba, jangan disamakan harga rumah dulu dan sekarang ;)

tercabar ni sebagai peserta lelong

actually kena berterima kasih kt Cik RN, kalo x kerana article nih, sy mungkin xkan trjebak dalam pelaburan hartanah

http://www.propertywaltz.com/2011/12/formula-anak-sama-dengan-hartanah.html

insyaAllah, kalo ikutkan matlamat jangka pendek sy, dlm 3 thn lagi..nk ada 5 biji rumah (skrng nk grab rumah ke 3) .. ;)

thanks,
Z

maaf lupa nk bagitau kt cik Fara.

alhamdullillah, loan bank sy dah lulus untuk rumah VM ni, bank value at 150-160k. xde aral melintang,next week, sy akan jumpa laywer and bank serentak untuk urusan selanjutnya.

thanks,
Z

En Z, artikel RN tu memang eye opener utk kita semua.

InsyaAllah saya doakan perancangan en Z akan berjaya.

Tahniah loan dah lulus :)
Moga Allah permudahkan...

saya neighbour En Z. rumah depan dia

Blog Widget by LinkWithin

.