Sambungan kisah penjualan unit Cemara di BSP. Lebih kurang 3 hari lepas, saya mendapat panggilan daripada pegawai bahagian pinjaman perumahan Public Bank cawangan tempat saya mempuat pinjaman untuk unit ini.
Pegawai tersebut sudah tahu niat saya untuk menjual apartment tersebut. Dia kemudian berkata yang saya akan dikenakan penalti kerana ingin menjual dalam tempoh lock in period yang masih belum selesai. Saya hanya berkata, ye saya tahu.
Pegawai tersebut kemudiannya membuat tawaran jika pembeli unit ini membuat pinjaman dengan mereka maka penalti yang dikenakan pada saya akan dikecualikan. Alhamdulillah. Itu satu cadangan yang baik memandangkan permohonan pinjaman pembeli dengan bank bercap harimau masih di dalam proses.
TA sebagai dokumen sokongan permohonan pinjaman |
Apa pon, saya memberi sepenuh kerjasama. Kita hanya merancang dan berusaha, Allah jua yang menentukan segalanya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan di dunia dan akhirat.
Klik LIKE kalau suka entri ni :)
2 comments:
elok jugak tu,jika pembeli guna PB,takperlu byr. lgpun PB punya pakej menarik juga kan
Yup, betul tu Aslam. Moga Allah permudahkan. Amin.
Post a Comment