Thursday, May 31, 2012

Vista Pinggiran Fully Furnished?

Sudah hampir 3 tahun penyewa daripada negara Iran menyewa di unit Vista Pinggiran ini. Penyewa ini sangat berdisiplin dan selalunya akan membuat pembayaran dalam masa yang ditetapkan. Saya pula hanya menaikkan sewa rumah sebanyak rm50 (daripada rm650 kepada rm700) sepanjang tempoh penyewaan.

Alhamdulillah.

4 bulan lepas, penyewa Iran ini yang merupakan pelajar di MMU menyatakan hasrat ingin keluar rumah kerana pengajian mereka telah tamat. Apartment tersebut yang dulunya kosong telah terisi penuh dengan perabot-perabot mereka. Mereka ingin menjual semua perabot kepada kami kecuali pendingin hawa. Ini kerana ada kawan mereka yang ingin membeli pendingin hawa tersebut.

Apa yang menariknya, mereka tidak mempunyai televisyen kerana pada pendapat mereka TV itu tersangatlah melalaikan. Hmm menarik! Saya setuju dengan pendapat mereka ini :)

Bagi saya, TV lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Terutamanya untuk saya yang mempunyai anak-anak kecil.

Berbalik kepada cerita penyewa VP, mereka menawarkan kesemua perabot di dalam rumah dengan harga rm3000. Perabot terdiri daripada sofa, meja makan, permaidani, peti ais, mesin basuh, dapur, alatan memasak, pinggan mangkuk, 2 set bilik tidur beserta tilam, langsir, vacum cleaner, almari 2 pintu dan beberapa barang kecil yang lain.

Set sofa, meja kopi, dan permaidani
Meja makan dan sofa bed.
Set bilik tidur 1 + langsir

Set bilik tidur 2 + langsir

Mesin basuh 6.5kg

Kabinet dan dapur

Almari berlaci serta peralatan dapur.

Peti ais 2 pintu
Menarik juga, fikir saya.

Suami saya telah berbincang dengan mereka dan kami ditawarkan dengan harga rm2800.

Nak ambil ke tak nak? Berbaloikah? (dalam dilema...)

Adakah kami setuju? Nantikan sambungannya...

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

6 comments:

What is the rental if fully furnished? You have to calculate how many months to get back your furnishing money.

Hi Haruki, professional from India have booking the unit. Closed deal @rm1050 pm. Meaning in 8 months i'll get back the capital (rm2800). Do you think it's worth it?

Assalamualaikum

Saya fikir pelaburan yang memerlukan hanya 8bulan untuk balik modal adalah sangat menguntungkan atas dua faktor:

1) Ctfarazila ada baki 10bulan (based on agreement 18bulan sewa) untuk tuai hasil on "fully furnished"

2) Penyewa India tersebut tak kisah untuk terima condition used furniture..so tak la rugi sangat berbanding beli perabut baru untuk dilasak-lasak oleh incik India itu

Terima kasih dan sangat menghargai pendapat abahsofea :)

saya pon igt nak beli. subsale.. tp mcm mahal je

Blog Widget by LinkWithin

.