Thursday, June 14, 2012

CF bertambah lagi

Nampaknya bulan Jun 2012 memang bulan rezeki untuk kami. Kondominium Bukit OUG dan Apartment Vista Pinggiran bertukar penyewa. Kalau VP berkisar tentang penyewa Iran yang meninggalkan semua perabotnya, BO pula masih belum berpunya sehingga 28 Mei 2012. Penyewa yang lama sudah pon membeli rumah sendiri di Apartment Vista Lavender. Tahniah saya ucapkan kepada mereka untuk rumah baru dan baby baru :)

Walau pon kami telah mengiklan di mudah.my dalam masa lebih kurang 2 minggu, kami masih belum mendapat penyewa yang benar-benar confirm ingin menyewa di situ. Haih, hati dah cuak juga sebab 1 Jun 2012 rumah dah mula kosong.

Rezeki Allah maha luas dan tidak terjangka. Tanggal 29 Mei 2012, seorang isteri kepada pegawai polis berpangkat Inspektor menelefon suami saya untuk melihat rumah. Temu janji dibuat, tetapi ada aral pula melintang. Dia tak dapat datang malam tu. Esoknya dia berjanji akan datang lagi membawa wang deposit tanda jadi.

Alhamdulillah, temu janji kedua membuahkan hasil. Wang deposit dan kunci rumah bertukar tangan. Kali ini CF kami meningkat lagi sebanyak rm220. BO dengan kabinet dapur berkeluasan 1222 sf kami sewakan hanya dengan kadar rm1000 sebulan.


Pelaburan hartanah memang serampang dua mata. Selain mendapat CF yang akan bertambah dari semasa ke semasa, harga rumah juga akan meningkat selari dengan peningkatan sewa dan faktor-faktor luar yang lain. Walaupon increment di ofis ni belum ada khabar berita lagi, tapi saya (dengan izin Allah) berjaya naikkan gaji saya sendiri dengan pertambahan CF melalui pelaburan hartanah.

Maka yang mana satu nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan? (Ar-Rahman: 13)

Alhamdulillah...

*CF = Cash Flow
 
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

4 comments:

Bulan 6 ni banyak tenant bergerak, saya pun dapat tenant baru. Cashflow pun tambah.

alhamdulillah...
lama tak jumpa fara, borak2 mcm dulu

Blog Widget by LinkWithin

.