Tuesday, June 5, 2012

Vista Pinggiran telah ditempah

Alhamdulillah...


Apartment kami di VP telah ditempah oleh seorang warga India yang bekerja sebagai pengurus IT di sebuah syarikat di Cyberjaya. Katanya, dia akan menghuni apartment tersebut seorang diri dengan sewa sebanyak RM1050 sebulan. Deposit rm500 telah pon bertukar tangan. Selebihnya akan dibayar sewaktu masuk rumah nanti.

Tetapi, dia meminta untuk dimasukkan TV dan aircond. Setelah berbincang, suami saya bersetuju membelikan 1 unit aircond bilik tidurnya. Dia sendiri akan membeli LCD TV secara ansuran. TV itu akan menjadi hak milik kami apabila tempoh penyewaan tamat dalam masa 18 bulan.

Anggaran harga aircond 1 hp = rm1000. Modal perabot = rm 2800. Jadi, kami perlu mengeluarkan sebanyak rm3800 untuk mendapatkan pertambahan aliran tunai sebanyak rm350 (rm1050 - rm700) sebulan. Jadi dalam masa 11 bulan kami akan mendapat kembali modal yang dikeluarkan untuk menjadikan unit fully furnished. InsyaAllah.

10 Jun 2012, insyaAllah penyewa baru akan masuk. Moga Allah permudahkan.

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Blog Widget by LinkWithin

.