Friday, February 1, 2013

Sebungkus parcel daripada pembida bertuah!

Petang semalam saya dikejutkan dengan kehadiran sebungkus parcel dari Tanjung Malim.


Parcel yang membuat hati berbunga riang ;)
Eh siapa pula yang beri saya hadiah ni?

Otak ligat berputar dan tiba-tiba teringat kembali tentang kakak I yang pernah meminta pertolongan saya untuk membeli rumah lelong lebih kurang 2 bulan yang lepas.

Oh ye! kakak I pernah meminta saya mencari POS rumah yang ingin dibidanya di Tanjung Malim. Meskipon tiada komisen yang akan diberikan oleh pihak bank untuk rumah lelong tersebut, saya tetap membantu kakak I mencari info tentang pelelong rumah tersebut.

Malang sekali, kakak I mendapat jawapan yang mengecewakan daripada Ehsan Auctioneer cawangan Kuala Lumpur.

Maaf Pn, tiada maklumat tentang rumah yang ingin Puan bida itu.

Kakak I memberitahu saya tentang hal tersebut. Termenung seketika sambil berfikir. Akhirnya saya mencadangkan agar kakak I cuba menghubungi Ehsan cawangan Pulau Pinang.

Alhamdulillah, POS yang dicarinya berada dalam genggaman. Akhirnya flat tersebut menjadi miliknya dengan harga rizab. Tahniah kak I!

Kakak I turut bertanya saya tentang berapakah bayaran yang perlu dibayar kepada saya.

Saya hanya membalas sms kak I dengan menulis,
'Tidak perlu bayaran. Jika ingin beli rumah lagi sila kontek saya :)'

Nampaknya kak I tidak berpuas hati, dia minta alamat rumah saya...hehehe... akhirnya semalam hadiah dari kak i sudah selamat saya terima.

Terima kasih daun keladi... saya suka!

Sungguh cantik kain pasang dari Bandung
PS: Hadiah yang sudah cukup menggembirakan saya ialah apabila pembida berani turun ke gelanggang lelong dan menang lelongan dengan harga yang berbaloi!

7 comments:

boleh buat baju raya ni...

//syah

wah wahhhh syoknya orang tu dapat hadiah!

hehe nanti i pun nak deal dgn u coz i nak start melabur rumah lelong hehehe

anon, sangat betul!

RN, hehehe... memang syok!

anon, insyaAllah boleh!

Salam.nak tumpang tanya sikit pada yang ada pengalaman mengenai hal rumah lelong ni. Tahun lepas sye ada beli rumah lelong flat.Urusan tukan nama tnb,syabas,mbpj semua dah siap just guna dokument P.O.S . Tapi nama pemilik di pejabat management office masih nama owner dulu,,So segala bilal maintance still nama owner lama. Dah bagi dokument P.O.s pada dia,but dia kata perlukan dokument S.N.P kalau tak silap, untuk rumah lelong ni ada ke dokument Snp tu. Perlu minta dengan lawyer ke...sekian terima kasih

salam, untuk rumah lelong, SNP = POS. Katakan kepada mereka begitu. InsyaAllah mereka akan faham.

Thanks a lot for reply me :-).and saya dah pergi management office tu. Bagi POS dan dokument tambahan spt billl Mbpj,insurans rumah yg dah ditukar kenama saya,dan pengesahan loan disbushment received yg diberi oleh lawyer. Alhamdulillah dah sattle masalah tu sekarang.

Blog Widget by LinkWithin

.