Sunday, February 2, 2014

Crescent 2 : Penyewa dari neraka?

Ehem!

Alhamdulillah akhirnya pinjaman untuk pembeli kondo ini (En A) telah diluluskan.
Bermakna kondo ini sedang dalam proses dijual.

En A, pada mulanya dikhabarkan oleh ejen, ingin tinggal di sini (dengan membayar sewa kepada kami sementara menunggu proses jual beli selesai).

Memandangkan penyewa, pelajar dari Syria ingin pulang bercuti ke negara asal mereka selama 4 bulan, maka kami pun berterus terang kepada penyewa tentang hasrat En A untuk tinggal di situ.

Selang beberapa minggu, En A (melalui ejen) berubah fikiran pula. Beliau tidak mahu tinggal di situ tetapi ingin menyewakannya. Aiyarkk! Suka-suka je En A menukar fikiran ye. Siapa pula yang akan menanggung kos penyelenggaraan dan bayaran bulanan pinjaman jika tiada penyewa nanti.

Kami memujuk penyewa untuk terus tinggal di situ tetapi nampaknya mereka macam dah merajuk.
Penyewa - rasa saya, mungkin berasa kecik hati lalu menyatakan hasrat untuk menamatkan penyewaan pada bulan Disember 2013 yang lepas.

Kami tidak sempat berjumpa kerana faktor kerja jadi kami hanya meminta penyewa meninggalkan kunci di pejabat JMB.

Hujung minggu, kami mengambil kunci daripada pejabat JMB dan masuk ke dalam unit kondo ini untuk melihat keadaan rumah.

Kami agak terkejut. Sahabat-sahabat semua boleh lihat keadaan rumah seperti gambar-gambar di bawah.










Erk! Banyaknya sampah.

Tapi alhamdulillah rumah tidak rosak. Pada hari tersebut juga ada bakal penyewa lain yang ingin melihat keadaan dalam rumah.

Erk! Kalau bakal penyewa tu tengok rumah dalam keadaan begini, agak-agak nak ke dia sewa? Nak kemas, memang tak sempatlah....

~ bersambung....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

.