Tuesday, February 11, 2014

Penyewa baru yang sempoi ;)

Ehem! Sudahla sempoi, kacak pula orangnya... :)
Inilah wajah penyewa baru (Mr T) yang saya sebutkan dalam entri lepas.

Mr T (berbaju kelabu), yang juga dari negara Syria datang bersama rakannya untuk berbincang tentang sewaan dan melihat keadaan rumah.

Mr T sangat sempoi orangnya. Dia nampak tidak terkejut dengan keadaan dalam rumah. Mungkin juga dia dah tengok keadaan rumah sebelum itu? Wallahualam...

Alhamdulillah setelah berbincang, Mr T setuju untuk menyewa unit tersebut dengan kadar rm1200. Erk murah kan?

Mr T juga tolong kami beli beg plastik sampah warna hitam dan kutip sampah yang besar-besar. Rasa saya ada lebih kurang 10 bag plastik sampah yang dapat kami kumpulkan. Phew!

Akhirnya kami terjumpa no telefon cleaner di bahagian luar rumah. Terus kami menelefon cleaner tersebut dan mereka datang dalam masa 15 minit.

Mereka meninjau keadaan rumah. Dipendekkan cerita, mereka meminta upah sebanyak rm200 untuk membersihkan rumah. Erk mahalnya. Selepas beberapa minit berunding, akhirnya Mr T yang sempoi ini sudi top up rm50 untuk kos bersih rumah.

Alhamdulillah.

Moga Allah permudahkan urusan Mr T dan urusan kita semua. Amin.

PS: Jangan lupa untuk sesiapa yang ingin menjadi taiko rumah lelong dalam masa 1 hari, pendaftaran masih dibuka. Seminar ini akan diadakan pada

Tarikh: 16 Februari 2014, Ahad
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: International Youth Center, Bandar Tun Razak, KL.

Macam comel je... kan? hehehe...
 Yuran
          RM 228 untuk seorang peserta.
          RM 428 untuk dua orang peserta.

ISTIMEWA untuk ahli Kelab Alien Hartawan SAHAJA.
Yuran: RM 178 seorang untuk seorang peserta.

***********************
Cara mendaftar
***********************

2 langkah untuk mendaftar:

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di
http://bit.ly/borang-taikolelong0214

Sebarang pertanyaan boleh sms atau call +60 18-968 7803
Maaf, tempat adalah terhad kepada maksima 30 orang sahaja.

Jumpa di sana ya! InsyaAllah...

1 comments:

unit di cyberia ke? kenapa sewakan murah sangat2?

Blog Widget by LinkWithin

.