Thursday, February 23, 2017

Menang RP kali pertama untuk tahun 2017 :-)

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Teruja saya ingin menulis tentang kisah rumah lelong yang satu ini...

Kelmarin saya mendapat mesej melalui whatsapp dari tuan A iaitu rakan merangkap klien lama yang masih setia menggunakan khidmat saya untuk membida rumah lelong :)

Tuan A bekerja di Iraq tetapi ianya langsung tidak menghalang beliau daripada membeli dan membeli dan membeli rumah lelong. Memang dah banyak yang dia beli sampai saya pon dah lupa berapa... Adat masuk lelongan, ada yang menang dan banyak juga yang kalah ;)

Kali ini Tuan A meminta saya membida bagi pihak rakannya yang juga bekerja di luar negara.

Rezeki dari langit

Agak lewat petang rakan Tuan A telah pon memindahkan sejumlah wang 5 angka untuk deposit rumah lelong tanpa sebarang keraguan. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberi. 

Pagi hari lelongan, saya pergi ke bank untuk membuat bank draf. Sebelum itu saya cek dulu sama ada rumah tersebut masih on atau telah call off (tidak jadi dilelong).

Selesai urusan di bank, saya terus memecut kuda Honda EX5 saya ke Jalan Yap Kwan Seng. Kenapa naik kuda? Nak elak jem bai...

2.30 petang sampai di pejabat pelelong Ng Chan Mau, terus pergi daftar macam biasa. Ek eleh tak ramai oranglah... macam ada harapan ni.... hehehehe...

Nombor bertuah 123
Pukul 3 tepat lelongan pon dimulakan... hanya 3 orang pembida dan 2 unit yang available. Memang kosongla bilik lelongan tu...

Tiba unit klien saya... single lucky bidder! congratulations! 

MasyaAllah! memang tak sangka... sebab dah lama tak merasa menang dengan harga rizab...

Tahniah kepada pembida bertuah ye!

Dan jutaan terima kasih kepada tuan A juga untuk transaksi ini!

Kemenangan bergaya... yeah!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

.