Monday, April 3, 2017

SEDEKAH SI PENARIK BECA


Kisah menarik ini dikatakan terjadi di daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai amalan bersedekah yang unik. Pak Kasan akan memberi perkhidmatan menaiki beca percuma pada setiap hari Jumaat.
Pada suatu hari Jumaat, seorang wanita kaya menaiki beca Pak Kasan. Apabila sudah sampai ke tempat yang dituju, wanita kaya itu bertanya akan tambangnya. Seperti biasa, Pak Kasan mengatakan dia tidak mengenakan sebarang tambang pada hari tersebut. Si wanita kaya tersenyum tetapi masih tidak berpuas hati. Justeru, dia bertekad mahu menguji Pak Kasan pada masa lain.
Pada hari Jumaat seterusnya, si wanita kaya itu menaiki beca Pak Kasan lagi. Kali ini wanita mahu Pak Kasan membawanya ke rumah Pak Kasan. Katanya mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Tanpa prasangka, Pak Kasan pun mengayuh beca ke rumahnya.

Sampai di rumah Pak Kasan, wanita itu mendapati Pak Kasan hidup dalam kemiskinan dan memiliki seorang isteri yang solehah dan beberapa orang anak yang baik. Wanita itu berasa malu kerana beliau tidak pernah bersedekah tetapi Pak Kasan yang miskin ini masih mampu bersedekah.
Dengan izin Pak Kasan dan keluarga, wanita tersebut mengajak Pak Kasan sekeluarga untuk menunaikan haji bersama keluarganya pada tahun tersebut.
Begitulah ajaibnya apabila kita ikhlas bersedekah. Rezeki pasti datang tanpa kita sangka-sangka. Jadikanlah bersedekah amalan hidup kita.
Sumber : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki
Ehem! 
Assalamualaikum pembaca semua :)
Sebenarnya lepas saya baca kisah di atas... saya pon teringin sangat nak bersedekah... memandangkan saya ni taklah sekaya Bill Gates, saya ambil keputusan untuk berkongsi secebis ilmu yang saya ada ni kepada yang sudi... eceh!
Ok nantikan post seterusnya untuk tawaran sharing percuma dari saya kepada sesiapa yang bertuah!
STAY TUNE! :D
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

.