Sunday, August 10, 2008

Jumpa ejen

Salam...
seperti yang dijanjikan aku pon jumpala ejen kt Bukit OUG Condo pada hari Sabtu 9 Ogos 2008. Kitorang pegi kenduri kawen dulu hari tu so dlm pukul 4.30 baru kitorang sampai di Bukit OUG. Bila call ejen dia kata dia kat luar pulak so dia suruh kitorang jalan-jalan kat situ sambil menunggu diorang sampai pukul 5 petang.

Alang-alang dah sampai kitorang pon amik kesempatan le jalan-jalan kat kawasan tu sambil Aisyah main kat tempat mainan. Kolam renang & lain-lain kemudahan nampak agak burukle jugak tapi still boleh mandi & main la dan bersih. Tak ramai orang mandi kat kolam cuma ada sekeluarga foreigner je dengan sekumpulan remaja Cina duduk ramai-ramai kt gelanggang Tenis. Aku pon amikle gambar apa yang patut. Enjoy gambar kat bawah :)


Dah pukul 5 so kitorang bergegas ke ofis ejen tu. Nampak macam baik je. Dia jemput kitorang masuk untuk bincang. Rupanya dia kutip sewa bagi pihak owner lama. Amboi owner lama tu dah la tak bayar duit kat bank tapi sempat jugak kutip sewa bulan-bulan. Geram gak aku. Ejen kata dia boleh uruskan pindahkan penyewa bawah aku tapi kena tunggu deposit penyewa habis 2 bulan lagi kalau tidak penyewa tu rugi lak deposit 2 bulan kat owner lama. Hanginnya aku, aku kata kalau boleh aku nak duit sewa start bulan ni. Dah tu kena bagi kt ejen lak sebulan sewa sebagai komisyen. huhuhu...aku mcm x setuju je tapi laki aku dah setuju lak. Ejen ni jugak buat servis pastikan penyewa bayar sewa, api & air setiap bulan. Yang tu dia caj rm40 sebulan. Tolak drpd payment sewa la... aku kata x payahla yg tu aku boleh buat sendiri. Memang buat duit betul dia sebab kt kondo situ sahaja dia uruskan lebih daripada 400 unit. Bijak betul dia.

Apa-apa hal pon nanti ejen tu akan bincang dengan owner lama dan akan inform aku apa-apa keputusan. Lepas tu kitorang pon blahle balik rumah. Okla aku pon nk pegi bank ni nk apply loan. Dah seminggu aku beli kondo ni tapi belum apply loan. Masa bank bagi dahla 90 hari je daripada tarikh lelong. Masakkkk... tinggal berapa hari je ni... huhuhu...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

.