Tuesday, November 30, 2010

AHB: Jual 1 bilion unit setahun

PELABURAN Hartanah Bhd (PHB) yang melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), semalam yakin dapat menjual 1 bilion unit dana dalam tempoh setahun, sekali gus membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah bagi pelaburan jangka panjang.

Dana AHB yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu terbuka kepada pelabur Bumiputera berusia tiga bulan ke atas dengan pelaburan minimum RM500.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamalul Arifin Othman berkata, AHB skim unit amanah yang bersandarkan hartanah perdana dan memberi pulangan kompetitif serta stabil kepada pelabur.

Katanya, PHB juga akan memperbesarkan lagi skim AHB supaya setiap Bumiputera berpeluang melabur dan menjangkakan untuk menambah 50 peratus lagi saiz dana daripada jumlah sedia ada.

“Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung berpeluang memiliki pegangan dalam hartanah utama dan unit amanah ini diniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Kami juga percaya 1 bilion unit AHB yang ditawarkan dapat dijual dan mensasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 500 juta unit lagi dalam tempoh setahun lagi.

“Bagi memudahkan pelabur menjalankan transaksi AHB, kami sudah bekerjasama dengan Maybank sebagai saluran pengagihan dana untuk menawarkan unit pelaburan ini ke seluruh negara,” katanya di majlis pelancaran AHB di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid dan Pengerusi PHB, Tan Sri Md Nor Yusof.

Kamalul berkata, pelabur berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara untuk membeli unit AHB.

PS: Boleh tahan jugak kan... harga tetap rm1 seunit, min dividen 6%. Antara alternatif terbaik fund berlandaskan syariah.

3 comments:

This comment has been removed by the author.

AHB satu saham amanah yang baik bagi bumiputra. Dengan pulangan 6% dan berlandaskan syariah pula. so sesiapa yang masih belum membeli, bolehlah membeli.

Blog Widget by LinkWithin