Sunday, February 13, 2011

Putra Intan Condo - selamat disewakan

Alhamdulillah kondo ni dah ade penyewa booking. Lampu, kipas, rel langsir dan door bell dah pasang. Cuma gril yg belum pasang. Penyewa adalah pasangan suami isteri dan anak-anak mereka. InsyaAllah mereka akan masuk rumah hujung bulan ini. Ni gambar2 sebelum pasang lampu kipas. Unit kami tingkat 1 betul-betul mengadap kolam renang. Gambar kolam renang di ambil drpd balkoni unit kami.

Actually selepas disewakan kondo ni still bagi -ve CF pada aku sebanyak rm200. Nampaknya kondo ni adalah satu-satunya rumah aku yg bg -ve CF. Huhu. Cadangan untuk atasi masalah ni:

1. Refinance untuk dptkan int rate lebih rendah (currently BLR-1.5) dan panjangkan tempoh pinjaman.
2. Jual - harga rm174k nego

Ada cadangan lain?

Aku rasa nama Dengkil ni perlu ditukar kerana kurang komersil. Padahal jarak dekat gile dengan Cyberjaya dan Putrajaya. Mungkin kalau ditukar dengan nama yg lebih moden akan menaikkan lagi harga hartanah di kawasan ni. Sekarang ni kalau sebut Dengkil mesti terbayang kawasan kampung. Tak ramai yg tau Dengkil dah ade kondo :)

Contoh kawasan yg BOOM lepas tukar nama: KOTA DAMANSARA
Dulu kalau x silap aku nama kwsn tu Sungai Buluh kan? Of course ada sebab-sebab lain yg menyumbang kepada kenaikan nilai hartanah di Kota Damansara.

Sekian untuk perkongsian cerita hari ini. Have a nice day everyone! :)



5 comments:

jgn tukau jaid degil atau dengki suda

agree yg nama mainkan peranan penting, mcm bangsar south which is actually kampung kerinchi

Very nice pool view.. Senang mak ayah nk monitor anak2 main :)

dengki rebranding jd putra south? apa macam?
fara.. jom swimming.. mcm besh je kolam renang ni. then kita swimming kat swimming pool domain lak nak tak?

Matjoe: Really true... haha tamaula degil dgn dengki tu... tak best!

Eun-yong: Putra South... sounds niceeee.... Jom2 swimming! bila? :)

Tumpang tanya.. Ade lot yg kosong tak untuk disewa di putra intan ni.. Nampak macam menarik, sy baru pindah keje disini.. Sedang mencari rumah/ apt utk disewa

Blog Widget by LinkWithin

.