Tiba-tiba aku terfikir untuk buat entri ni selepas pemerhatian aku tentang pengurusan kewangan baik di kalangan kawan-kawan sepejabat mahupon kawan-kawan di luar pejabat. Apa yang aku perhatikan, mereka takut untuk memulakan langkah untuk melabur. Tak kiralah sama ada dalam hartanah, saham, emas dan sebagainya. Mungkin mereka takut untuk keluar daripada zon selesa serta takut untuk mengambil risiko, takut takde orang yg ingin menyewa rumah mereka, tidak bersedia serta seribu satu macam alasan lagi. Dengan tidak disedari, masa berlalu dan setelah hampir 5 tahun, kedudukan kewangan mereka masih di takuk lama. Bila ditanya bila hendak melabur, alasan yang sama juga kedengaran. Dan mungkin berulang-ulang sehingga mereka pencen nanti. Jadi terperangkaplah mereka di dalam perlumbaan tikus dan bila mereka sedar, umur mereka telah pon menjangkau ke usia pencen!
Suka aku untuk mengingati kepada diri aku sendiri dan kepada pembaca-pembaca blog, kejayaan kita hari ini ditentukan oleh tindakan kita pada masa yang lalu. Kalau kita start melabur umur 25, insyaAllah umur 30 nanti kita dah dapat tuai hasilnya... lagi cepat lagi bagus... jika kita bermula seawal umur 20 tahun, umur 25 insyaAllah dah mula nampak apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni... Tujuan hidup mesti jelas dan terang. Barulah senang buat perancangan dan tindakan.
Contohnya, graduan yang berumur 25 tahun, mempunyai kereta sendiri, secara tiba-tiba ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak rm100k dengan tujuan yang tidak pasti. Aku tidak mengatakan tindakan tersebut tidak bagus cuma matlamatnya perlu jelas. Mengapa dia meminjam sebanyak itu? Bagaimana dia ingin melaburkan wang tersebut supaya pulangannya melebihi nilai keuntungan yang dikenakan dan sebagainya. Pendek kata, perancangan yang jelas adalah sangat perlu sebelum kita membuat sesuatu tindakan. Aku juga mula membeli rumah lelong dengan modal daripada pinjaman peribadi :)
Alhamdulillah bila di kenang-kenang kembali, aku bermula membeli rumah pertama pada usia 25 tahun, tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Kini selepas hampir 7 tahun, boleh dikatakan aku telah nampak jelas perjalanan dan perancangan yang diperlukan untuk terus menuju ke lebuhraya kebebasan kewangan. Walaupon kadang-kadang berlaku risiko yang di luar kawalan, insyaAllah dengan strategi yang betul serta bertawakkal kepada Allah, kita semua akan berjaya...
Carilah ilmu sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Ilmu pelaburan dan ilmu pengurusan kewangan yang baik adalah sangat mempengaruhi kejayaan seseorang di dalam pengurusan pelaburan-pelaburan yang dimilikinya. Bila ada ilmu maka kurang alasan dan rasa takut untuk mula melabur. Jom! Mulakan sekarang dan tuai hasilnya di masa hadapan. Untuk first timer, sangat digalakkan untuk menyertai seminar kami. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Fast Action = Fast Result
PS: Gaya bahasa kali ni agak berbeza. Praktis menulis ebook kisah perjalanan sendiri di dalam pelaburan hartanah ;)
ak3838
4 months ago
12 comments:
Apa yang kita ada hari ini adalah keputusan apa yang kita buat 5 tahun lepas!!
suka dgn entry ini. w/pun kita sebaya, tp fara lebih kedepan dlm pengurusan kewangan.
penulisan yg saya fikir 'matured enough'.
saya ingin skali jadi spt Puan. Apa yg synonym antara kita: saya sgt agree dgn pemahaman, dgn cara Fara. Saya juga berimpian utk sampai ke situ (financial freedom), cuma tidak sejelas Fara, tidak seyakin Fara..saya byk belajar dari blog spt blog Fara ni, tapi rata2 blogger lain adalah lelaki..jadi, saya tunpang bangga bila Fara boleh 'berjaya' sehingga tahap ini..
satu perkara yg saya anggap cabaran saya tika ini: si suami tidak berfikir 'sematang' Fara dlm hal ini, walaupun dia punya sumber kewangan yg lebih baik dr saya, tapi tiada approach utk membeli property, no such comitment utk beli asset.. :-( mungkin sebab x berani amik risiko, atau sebab leka dlm zon selesa..? agak susah utk saya berkongsi dlm hal sebegini..agak susah utk saya ajak dia beli rumah contohnya..walaupun sebenanarnya dia mampu..any advise fr Fara (kalau Fara faham situasi saya)
entry yang bagus fara. utk puan2 di luar sana, bukan semua pasangan ada financial knowledge yang sama. tapi kalau dua2 ada good financial knowledge lagi cepat boleh capai financial freedom.
kita mulakan dgn diri kita dulu, kalau puan bekerja... puan ada pay slip, puan apply je loan beli rumah.. tapi sebelum tu penuhkan ilmu di dada tentang property...
paling senang nak celikkan mata pasangan kita, ada 2 cara, contoh :
1. tunjuk kat dia, loan RM500, maint fee RM100, sewa RM800, untung sebulan RM200. tunjuk kat dia duit sewa bank in RM800 tiap2 bulan. kata kat dia, sayangku... ini baru 1 rumah, kalau 10 rumah, kan dah RM2,000 sebulan.
2. Beli RM80K, jual lepas 3 tahun atau ada je buyer RM120K, jual... tunjuk kat dia untung RM30-35K dalam masa 1-2 tahun.
PS : Kalau pasangan tuan/puan, tak nampak jugak malanglah tuan/puan bersuamikan/beristerikan pasangan yang melihat tapi tak nampak :)
Kerapusenangin Penang
Jawapan yg tepat, padat dan ringkas drpd Kerapusenangin... :)
Harap puan Adaw dapat cuba secepat mungkin :)
Untuk Anon, better late than never ;)
good luck mengarang ebook
jgn lupa hire aku iklankan ebook ko kt blog aku... :P
Aku pernah ada pengalaman beli rumah lelong 3 tahun lepas,di mana duit aku burn dan rumah tak dapat walaupun masa tu aku dah menang bid pun,tak tau la mana silapnya,..semua itu berlaku dek kerana takde ilmu ..ermmm
rilek pantaidalam... 10% deposit burn tu anggapkan saja sebagai yuran tuisyen... nasib pantaidalam masih baik kalau banding dgn buyer yang beli rumah terbengkalai... rumah tak dapat duduk tapi loan kena sevice...
cari mana silapnya, baca blog2 lelong, buku2 hartanah, masuk lagi sekali lelong tapi kali ni dgn ilmu di dada... saya yakin anda akan dapat melihat mutiara disebalik butiran2 kaca... saya doakan pantaidalam berjaya... amin
Matjoe, no prob! Boleh tolong promote seminar kitorang tak? :)
pantaidalam, ermmm... ye anggaplah itu sebagai tuition fee... dan jangan ulangi kesilapan yg sama. Jom pegi seminar kami! :)
Peacefulmind Homestay, gud advice... tq for sharing :)
biasa la ct... sharing apa yang cek tau, yang cek tak tau mungkin ada orang yang tau, jangan yang tak tau buat-buat tau atau yang tau buat-buat tak tau... apa yang cek dok merepek ni pun cek tak tau :)
kalau hampa semua pengikut blog ct ni mai penang, singgah lah mai homestay kami :)
sempat jugak mengiklan. sorry ye ct...
kerapusenangin penang
kerapusenangin,
no prob :)
Post a Comment