Pernah dengar tak pasal Pengurusan BLR? Sebenarnya aku baru je selesai berjumpa dengan 2 org konsultan daripada syarikat AceScube (M) Sdn Bhd yang bernama Ieda dan Shazwan. Aku dapat kontek diorang ni daripada pakcik Google. Entah camna boleh sampai ke blog diorang: http://www.pengurusanblr.blogspot.com
Hmm... menarik jugak produk diorang ni. Secara ringkasnya, syarikat ni menyediakan servis untuk menukarkan tempoh masa loan rumah kita kepada tempah masa yang kita kehendaki dengan bayaran bulanan yang kita mampu. Contoh ye:
En Amin beli rumah berharga rm 120,000. Beliau membuat pinjaman daripada bank A sebanyak rm 108,000 dengan bayaran bulanan sebanyak rm 550 sebulan selama 40 tahun.
Jika en Amin setuju untuk menggunakan perkhidmatan Pengurusan BLR, pihak pengurusan BLR akan kawtim atau berbincang dengan pihak bank A untuk memendekkan tempoh pinjaman kepada 10 tahun (mengikut permintaan En Amin) dan dengan bayaran bulanan yang baru (semestinya lebih tinggi daripada bayaran bulanan asal).
Kelebihan: Loan habis dengan lebih cepat serta pembayaran interest bank yang lebih rendah. Tapi setakat ni servis ni hanya available untuk loan konvensional sahaja (Loan islamic - dalam proses perbincangan)
Pendapat aku: Servis ni agak menarik untuk mereka yang nak cepat bebas hutang. Terpulang pada objektif masing-masing. Bagi aku ianya lebih sesuai untuk rumah yang kita tinggal.
Cajnya pon agak berpatutan, satu rumah rm3000. Kalau nk mintak loan tenor 6 tahun pon boleh. Best kan?
Kalau berminat dengan servis mereka ni, sila masuk ke blog mereka, http://www.pengurusanblr.blogspot.com atau pon telefon diorang untuk appointment:
Firdaus Syazwan Ghani +6019-2299 455 / Noor Shahieda Kamarudin +6019-2299 544 (Jangan lupa mention nama aku tau... (ctfarazila)... bagi can la aku dapat komisyen sikit... hehehe)
Aku diberitahu yang diorang ni nak nikah Jumaat ni... Well, Selamat Pengantin Baru! ;)
ak3838
4 months ago
7 comments:
ada byk cerita pasal sykt ni, ada org claim mereka ni scammer... wallu'alam...
secara logiknyer, takde apa yg pelik pasal nak memendekkan loan tenure tu... azizi ali ada cerita pasal ni: http://mylife-wakif.blogspot.com/2010/12/how-to-pay-off-your-house-loan-in-5.html
setuju wakif...
apa susah.. pergi bincang dengan bank jee... nak kurangkan tempoh kee, nak panjangkan tempoh kee, nak bayar bulanan kurang atau lebih... semuanya boleh diurus.. apasal syarikat ni nak makan rm3000 satu rumah...
tapi ct bagitau ni khusus untuk orang2 yang malas, x nak amik tau ... bayar je RM3,000 settle semuanya... ramai woo melayu yang macam ni kat luar sana.. jadi tak salah jugak company ni nak makan duit RM3,000 tu... padan muka kat melayu yang pemalas tu...
maaf kalau ada nada menyindir :)
Tq Wakif dan kerapusenangin... Takde salahnya pendapat Wakif dan kerapusenangin...
Cuma bagi aku ini adalah satu pilihan untuk orang yg 'malas' atau orang kaya 'malas' yg sibuk dan tak sempat nak pergi berbincang dengan pihak bank. Jadi mereka x kisah nk upah rm3k kepada syarikat ni utk jadi wakil mereka.
Selain tu, kalau loan anda adalah loan flexi, anda confirm tak perlukan khidmat syarikat ni... boleh buat sendiri je beb!
kenapa konvensional je yek?
mungkin sebab islamic punya term lain kut.
sebab islamic loan, bila BLR naik bayaran bulanan automatik naik... jadi tempoh bayaran tidak akan bertambah... berlainan dengan konvensional, bayaran bulanan tetap sama tetapi tempoh mungkin boleh bertambah. Bayangkan tempoh bertambah sehingga 10 tahun? Bertambah kaya la bank!
Assalamualaikum..jagalah mulut dan hati..jangan melabelkan orang sesiapun sebagai bodoh walhal diri sendiri tak secerdik mana..org yg cerdik org yg menjaga tutur bahasanya..org yg cerdik selalu tak menunjukkan kecerdikan nya..tetapi org yg bodoh selalu bercakap membabi buta tanpa berfikir..sama ada percakapan nye berdasarkn fakta atau nafsu bercakap semata2..
Post a Comment