Setiap orang yang bekerja pasti akan menerima payslip setiap hujung bulan. Apa yang anda buat dengan payslip tersebut? Simpan dalam laci? Lagi?
Untuk pelabur hartanah seperti saya (ehem2) payslip memainkan peranan yang sangat penting untuk saya leverage. Err... apa itu leverage? Jarang sekali kita mendengar orang membeli hartanah yang berharga rm200k-rm300k secara tunai. Dengan bantuan bank, mereka membeli aset (iaitu hartanah tersebut). Ini di katakan sistem leverage.
Bank pula tidak akan sewenang-wenangnya memberi anda pinjaman tanpa melihat satu bukti penting ini iaitu : Pay Slip! Lebih besar angka yang tertera di dalam pay slip maka lebih banyaklah pula bank akan menawarkan pinjaman kepada anda. Menarik bukan? Dua isi penting yang saya dapat waktu pegi preview seminar Milan Doshi :
1. Jangan takut utk mengambil pinjaman perumahan. Ambillah sebanyak dan selama mungkin. Lebih banyak pinjaman perumahan bererti lebih kayala anda semua. Akhirnya, inflasi akan menjadikan jumlah yang anda bayar sama ada sama atau kurang daripada jumlah pinjaman yang anda pinjam *ditunjukkan sekali cara pengiraan*
2. Kita bekerja untuk mendapatkan payslip, payslip itulah yang kita gunakan untuk membuat pinjaman untuk membeli hartanah. Pelaburan hartanah inilah yang seterusnya akan menjadikan kita bebas kewangan a.k.a kaya raya.... seronok tak?
Jadi, tolong ye! Jangan sia-siakan pay slip anda. Tolong maksimumkan penggunaannya dan jangan biarkan dia lepak dalam laci je. Aku sedih sangat tengok orang yang bergaji 'boleh tahan' tapi ada sebiji rumah sahaja. Selagi kita boleh pinjam... kita pinjam... hehehe... Al maklumla pay slip aku bank dah tak pandang sebab komitmen tinggi sangat... hehehe....
Lagi satu yang paling penting, sebelum melabur di dalam hartanah, melaburlah di dalam ilmu mengenai pelaburan hartanah dulu. Lebih baik bayar sebanyak rm228 sekarang daripada terpaksa membayar beribu-ribu ringgit kerana tersilap beli hartanah. Contohnya, hartanah terbengkalai, kawasan kurang hot, jumlah amaun tertunggak yang membuatkan kita terkejut badak dan sebagainya.
PS: Kalau ada sesiapa nak bagi pinjam pay slip dia pada aku... padang bola aku tadah kan! hahaha...
5 comments:
payslip I nak ke? hehehehehe
gomen dah pakai paysliponline..boleh print pdf file anytime..
entry yg bagus ct... aku pun dah dengar preview milan doshi ni.. memang best from another point of view of property investor... memang logik akal tapi tak terjangkau dek akal fikiran kita bab mthly payment to bank boleh beat inflasi in long term... ye laa kan.. mthly payment fix kecuali BLR naik atau turun.. tapi harga barang (inflasi) memanjang naik... mari kita ramai2 beli rumah dan buat loan rumah dari buat personal loan, car loan, hutang sana sini... buat hutang aset dari buat hutang liabiliti... kalau tak paham apa kau merepek ni... hadirlah seminar ct yang tinggal 3 hari lagi... mungkin anda akan nampak peluang dalam hartanah di kala orang lain tercari-cari peluang...
kerapusenangin penang
eun-yong, kalau bank boleh bg loan lagi via payslip u... why not? hehe
2bz4money, wah gomen dah maju!
kerapusenangin, yes... mmg eye opener walaupon dengar yg preview je... teringin nk join yg full session...
payslip on9 mmg sedap tp jenoh lak nk dptkn cop majikan cm kt tmpt keje ak. hampeh tol. ha3
Post a Comment