Monday, September 26, 2011

Kg Konggo akan berubah?

Bismillahirrahmanirrahim...
Kali ni aku nak cerita pasal tempat aku membesar... Bandar Tun Razak atau lebih dikenali dengan nama Kg Konggo. Alhamdulillah pada Pada 11 Julai 2010, YB Tan Sri Khalid, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah membentangkan satu kertas cadangan yang amat baik (pada pandangan aku).

Pembangunan yang akan dijalankan akan mengekalkan tanah hak orang melayu sebagai pemilik tapak dan rumah/tanah tersebut akan terus dikekalkan pada pemilik asal.

Sekarang ini, rumah asal di Bandar Tun Razak merupakan rumah kos rendah setingkat yang tidak mempunyai C.F. disebabkan tiada pintu belakang. Oleh sebab itu, YB Ahli Parlimen BTR ingin membangunkan kawasan BTR dengan mendirikan RUMAH BANDAR (Townhouse). Setiap tapak rumah asal akan didirikan 2 unit rumah merangkumi 2 tingkat setiap unit (keselurahan 4 tingkat). Pemilik asal akan diberi pemilikan percuma pada tingkat bawah dan tingkat satu. Pemilikan percuma ini disebabkan kos pembinaan tersebut akan ditanggung oleh pembeli unit ke-2 iaitu tingkat 3 dan 4. Kami (selaku penduduk BTR) menyambut baik cadangan ini dan amat berharap semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya.

Tapi berdasarkan pemerhatian dan perbualan orang-orang lama (maklumla BTR ni kan banyak orang lama yang duduk sejak zaman 80an). Ramai yang tidak bersetuju dan tidak yakin dengan projek ini. Kenapa?

1. Mereka risau rumah terbengkalai jika Pakatan Rakyat kalah pada pilihanraya akan datang.
2. Mereka tidak yakin dengan kemampuan YB Tan Sri Khalid untuk menyiapkan projek ini.

Apa pandangan anda?

Sumber lain yang membincangkan topik ini :

Sumber dari Star Property Jul 14, 2010
Perbincangan hangat di forum Carigold

Kertas Cadangan seperti gambar di bawah baru sahaja diedarkan kira-kira 2 bulan lepas beserta borang kaji selidik yang perlu diisi dan dipulangkan secepat mungkin.
PS: Alamak! aku belum isi lagila borang tu... lupa... hehehe...

Kertas Cadangan

YB Tan Sri - tokoh idola...

Gambaran Pelukis

Pelan Rumah Jenis A


Pelan Rumah Jenis B
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

9 comments:

Salam.
Cadangan tersebut amat baik dan dialu-alukan. Ia dapat memberi nafas baru kepada kawasan tersebut.
Bagaimanapun, ia boleh mendatangkan ketidakpuasan hati kepada pihak yang berhasrat untuk membeli. Ini kerana mereka membayar pada kadar premium(sebab lokasi), tetapi tidak boleh memiliki unit rumah bawah dan tingkat 1. Ini belum mengambil kira keadaan penambahan jumlah kenderaan di kawasan terbabit(ini kerana, setiap lot akan tambah satu keluarga lagi)

Dari pandangan politik pula, kerisauan penduduk di kawasan terbabit amatlah berasas. Pandangan penduduk di kawasan tersebut(terutama orang bangsa Cina) terhadap beliau amatlah kurang memberangsangkan. Ramai mempertikaikan, berapa kerap Tan Sri Khalid(atau wakil) ada melihat kawasan parlimen. Sehingga ada jenaka di kalangan orang Cina mengatakan Datuk Tan Chai Ho(TCH) masih wakil kawasan terbabit. Ini kerana mereka masih berjumpa TCH jika ada sebarang masalah, ini setelah pejabat wakil Parlimen Bandar Tun Razak asyik tutup.
Dan kepada sesiapa yang sering berurusan dengan Tan Sri Khalid tahu, beliau banyak buat cadangan projek, tetapi satu pun susah nak berjalan(sila tanya penduduk Ijok).
Dan projek ini dicadangkan pada masa sekarang amatlah menimbulkan tanda tanya. Kenapa tidak setahun atau 2 tahun lepas.
Minta maaf pandangan ini ada sedikit berbaur politik, tetapi kerisauan penduduk asal Bandar Tun Razak patut kita ambil kira.
Wassalam

Terima kasih Radin atas pendapat yg bernas, utk parking lot sudah disediakan untuk 2 buah kereta. Unit bwh lebih kecil sedikit built up area berbanding unit di atas kerana telah diambil ruang nya utk parking lot.

Cadangan ni telah lama dibentangkan cuma saya publish kt sini lepas dapat kertas cadangan rasmi. Sbg penduduk tetap di BTR, saya nampak byk perubahan positif sewaktu BTR di bwh Pakatan Rakyat.Itu pandangan saya.

Ini kerana Flat Sri Kota telah pon selamat dijual kepada penyewa yg berpuluh tahun membayar sewa dengan harga rm25k shj. Itu sudah cukup baik bagi saya.

Walau bagaimanapon, dimana dan apa-apa jua yang ingin dilakukan tetap ada risikonya. Moga Allah permudahkan.

Salam Fara,
Memang setiap unit tanah, ada 2 lot parking untuk 2 pemilik berlainan. Situasi sekarang, setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah kereta. Dengan setiap lot tanah nak dibangunkan untuk menampung 2 keluarga, sudah tentu bilangan kenderaan akan bertambah dua kali ganda. Ini menambah masalah parking dan perjalanan trafik.
Bagaimanapun, idea menukar taraf kepada town house harus dipuji, cuma perlu melakukan sedikit penambah baikan. Untuk mengelak pemilik asal tanah teraniaya. Wassalam

p/s Flat Seri Kota memang dijual pada harga yg berpatutan, cuma jangan pula Tan Sri Khalid claim itu adalah idea beliau. Situasinya sama seperti flat2 DBKL yang lain.

kalau jadi, renovated house macam u boleh dapat pampasan ke fara?

Salam Radin,
InsyaAllah pelan cadangan masih boleh diperbaiki daripada semasa ke semasa.

Idea townhouse mmg jauh lebih baik drpd idea TCH untuk memberi pampasan shj dan mendirikan apartment di kwsn tersebut.

PS:Mungkin bukan idea beliau, tetapi ianya TERLAKSANA sewaktu BTR di bwh Pakatan Rakyat.

Salam Aida,
InsyaAllah pampasan akan dibayar mengikut nilai semasa rumah termasuk ubahsuai yang telah dilakukan.

idea mmg bernas especially keutamaan kpt kaum bumi. berkaitan parking mungkin ade usul parking bertingkat mereka pertimbangkan . apa2 pown harap keselesaan penghuni terus diutamaan & semoga terlaksana perancangan tersebut =)


ps:smpai bile la melayu nk dok umah lame . hik3 = )

terima kasih en krulyakuza kerana berkongsi pandangan :)

salam..saya tahu tuan punya blog ni seakan politik pkr...
namun yang pasti saya sebagai penduduk di sini..tak nampak batang hidung dato seri khalid langsung...
sebenarnya..die langsung tidak membantu dalam meningkatkan prasarana dibtr.

Blog Widget by LinkWithin

.