Sambungan daripada topik entri semalam :)
Aku adalah penduduk BTR daripada tadika (berumur 6 tahun) sehingga la sekarang ni umur dah nak masuk 32 tahun (ehem! tapi still nampak macam sweet 17 ;) ). Awal tahun 2011, aku dan ijam (husband) ambil keputusan membeli rumah di Taman Mewah betul-betul berhadapan dengan rumah parents selepas menyewa di rumah tersebut selama hampir 6 tahun. Selesai proses pindah milik rumah, kami ambil keputusan drastik untuk meroboh dan membina semula rumah 2 tingkat di atas tapak rumah tersebut memandangkan keadaan rumah yang agak uzur dan built up yang agak kecil dan kurang sesuai untuk keluarga besar kami. Anggaran kos pula lebih kurang rm200k. Ianya bukan suatu keputusan yang mudah.
Ini kerana YB Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah mempunyai pelan lain untuk kawasan tersebut (refer entri sebelum ni). Jadi, sebelum kami confirm meneruskan projek roboh dan bina semula, aku telah menelefon en Azman Hj Abidin, Ketua Cabang, Parti Keadilan Rakyat BTR iaitu person in charge untuk Projek Pembangunan Semula BTR yang bertugas di Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, bertempat di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri.
Setelah menerangkan hajat hati aku kepada en Azman, nampaknya beliau amat prihatin dan memahami keadaan aku. Beliau menasihatkan agar aku meneruskan hasrat aku kerana katanya, walaupon Projek Pembangunan Semula BTR oleh YB Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi, ianya akan mengambil masa yang sangat panjang. Ianya bukan satu proses yang mudah dan beliau juga tidak menjamin projek itu akan terlaksana jika terdapat segelintir penduduk yang tidak bersetuju dengan projek tersebut. Satu lagi, bayaran pampasan akan dibayar mengikut nilai semasa sesebuah rumah tersebut. Bermakna jika rumah yang telah diubahsuai, pastinya pampasan akan dibayar setimpal dengan harga ubahsuai yang telah dilakukan.
Mengambil kira daripada pendapat beliau serta faktor keselesaan anak-anakku yang menjadi penyebab utama, kami meneruskan projek mega kami. Akhirnya hingga ke saat ini, alhamdulillah boleh dikatakan rumah kami telah siap sepenuhnya (cuma belum pasang gril shj). Dan yang penting kami sangat berpuas hati dan happy dengan rumah kami yang baru ini :D
Namun, aku tetap menyokong Projek Pembangunan Semula BTR oleh YB Tan Sri Khalid Ibrahim kerana faktor-faktor di bawah :
1. Harga rumah akan meningkat 2-3 kali ganda. Bayangkan ayah aku beli rumah ni dengan harga rm12k pada 1977. Aku pula beli dengan harga rm125k pada 2011. Selesai sahaja projek ini, harga rumah dijangka meningkat kepada lebih rm300k... Untung beb!
2. Pemilik rumah akan mendapat sebuah unit rumah baru yang lebih besar dan percuma serta pampasan. Bukankah itu sesuatu yang bagus?
3. Keadaan jalan yang sempit pada masa ini mungkin akan dapat diatasi dengan pelan rumah baru yang lebih teratur.
Walau bagaimanapon, di mana dan apa-apa jua yang ingin dilakukan tetap ada risikonya. Moga Allah permudahkan. Jika projek ini tidak terlaksana, kami tetap happy dengan apa yang kami ada... Alhamdulillah syukur Allah :)
Rumah asal - 1st Day Renovation |
Pandangan dari jauh |
Under Construction |
Tingkat bawah |
Overall - Night view... |
3 comments:
Tersergam indah rumah you sis.. apa yang pasti pelaburan yang menguntungkan.. walaupun dirobohkan tapi lepas ni dapat rumah baru lagi.. mana nak dapat beb :)
Tahniah Fara! Impress of you...:-)
Alhamdulillah! Semuanya datang daripada Allah....
Post a Comment