Monday, November 28, 2011

Soalan dan Jawapan: Pertanyaan berkenaan rumah lelong

Assalamualaikum Puan Farazila yang saya hormati,

Saya menemui blog puan apabila melakukan carian berkenaan rumah lelong.

Saya Mazlia. Tidak pernah membeli rumah belian biasa/lelong dan ini cubaan pertama. Saya berharap puan dapat membantu saya.

Saya berminat membida sebuah apartment lelong di Selayang. Auction date adalah pada 8 ataupun 10/12/2011 (saya tidak ingat)

Berdasarkan bacaan saya di Internet, kita perlu register kepada ejen, barulah kita akan diberikan POS yang mana akan merangkumi maklumat lengkap tentang tunggakan cukai/bil air/elektrik/maintenance apartment itu.

1. Benarkah pendaftaran itu tidak membuatkan saya terikat dengan apa-apa, melainkan ejen itu akan mendapat komisen yang dibayar oleh pihak bank sekiranya saya berjaya membida apartment itu?

2. Biasanya berapa bayaran yang saya perlu bayar kepada ejen sekiranya saya meminta ejen membida bagi pihak saya? Adakah bayaran ini tetap dikenakan sekiranya saya gagal?

3. Katakan saya ingin meminta bantuan puan membida untuk saya, adakah puan sudi? Berapa bayarannya?

4. Biasanya berapa kos keseluruhan selain harga rumah yang perlu ditanggung oleh pembida? Boleh senaraikan kos-kos terbabit?

5. Apa beza auction price dengan reserved price? Saya bertanya kerana pada iklan yang saya temui diletakkan harga lelong RM124k++ contohnya, apabila saya bertanya ejen, katanya reserved price 126k.

6. Untuk rumah, kita boleh survey di bahagian luar/laman untuk melihat dan membuat andaian rumah itu dalam keadaan okey ataupun tidak. Bagaimana dengan apartment? Memang kita tidak boleh lihat bahagian dalam?

Sebenarnya saya takut untuk memulakan langkah pertama kerana tidak tahu apa-apa tentang pembelian rumah apatah lagi rumah lelong. Modal saya sedikit sahaja, jadi saya berharap saya tidak membuat kesilapan. Saya sangat berharap puan dapat membantu saya dan melayan e-mel ini.

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih, hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik puan.

Jawapan :

Berikut adalah jawapan saya. Harap membantu.

1. Ya benar.

2. Untul menjadi wakil pembida, saya hanya mengenakan bayaran sebanyak rm100 sahaja sama ada cik M menang/kalah/property call off (tidak jadi dilelong) pada hari lelongan. Kadar ini adalah berlainan untuk setiap ejen dan bergantung kepada ejen-ejen tersebut. Bayaran ini bolehlah dianggap sebagai 'duit minyak' untuk menampung kos masa dan perjalanan ke lokasi bidaan.

3. Ye saya sudi :) Kadar bayaran seperti di atas.

4. Secara ringkasnya, untuk masuk membida, paling selesa bila anda mempunyai wang tunai sebanyak 15% - 20% daripada harga beli hartanah. 10% deposit + 5% bayaran guaman + 5% lain-lain. Sila rujuk panduan penting sebelum membeli rumah lelong dan emel saya jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut :)

5. Auction price = Reserve price. Saya tak tau apa tujuan ejen tu letak harga yang berlainan.

6. Hartanah lelong hanya dapat dilihat daripada luar sahaja. Tiada kebenaran utk masuk ke dalam. Walau bagaimana pun jika rumah tersebut tidak berkunci dan tiada penghuni, anda boleh la masuk ke dalam dan melihat keadaan hartanah. Boleh juga masuk dengan kebenaran daripada penghuni rumah (jika ada).

Kalau ada kawan-kawan yang nak beri jawapan tambahan, silakan di bahagian komen ye :)

Anda ada persoalan tentang lelongan hartanah? 
Emelkan persoalan anda di ctfarazila@gmail.com dan saya akan menjawab sebaik mungkin.

Selamat melabur!


Klik LIKE kalau suka entri ni :)

1 comments:

as salam puan..sya nak minta pendapat puan mengenai masalah rumah lelong sya ni yg sampai skrg x setel2 lagi proses tukar nama disebabkan timbul masalah antara pihak bank dan developer dimana pihak bank kena tukar nama drpd owner lama kpd bank kemudian barula bole ditukar keatas nama sya..dah lebih setahun dah sya tunggu..

Blog Widget by LinkWithin

.