Sunday, March 4, 2012

CIMB Mega Auction 11 Feb 2012

Salam kepada semua pembaca :)

Nampaknya agak lama saya tinggalkan blog ini tanpa kemaskini. Macam-macam yang berlaku - dan agak malas juga (terpaksa mengaku) ;)

11 Februari yang lalu - saya turun ke gelanggang lelong, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk klien yang sangat-sangat dihormati. Bertempat di Hotel Istana - hari Sabtu pula tu... anda tentu dapat mengagak anggaran khalayak yang hadir untuk membida. Sangat ramai!

Macam ni ulat pon susah nak carik makan... keluh saya dalam hati...

Selesai mendaftar, kami (saya dan suami) makan dan minum susu dulu (rugilah kalau tak makan, bukan senang nak dapat makanan percuma di hotel). Jumpa pula jiran yang nak beli rumah. Sembang sikit-sikit dan ambil tempat di dewan lelongan.

Hmm... suasana lelong masih begini. Maksud saya, masih ramai pembida yang sanggup membida sehingga mencapai harga yang sama dengan harga pasaran atau lebih tinggi. Tiada tanda-tanda harga rumah akan menurun. Klien-klien yang saya hormati tewas.

Untuk Fajaria Condo, harga naik daripada rm180k kepada rm350k. Hanya mampu melihat dan tak sempat nak angkat tangan.

2 minggu lepas, ada rakan yang masuk membida Casa Riana di Puncak Jalil mengadu harga naik terlalu pantas daripada rm100k kepada rm180k. Itu untuk bumi lot. Wah bangga jugak saya lihat unit bumi lot mampu naik sejauh itu.

Nasihat saya, jangan lupa buat homework dan jangan serik untuk membida lagi. Usaha, doa dan tawakkal insyaAllah akan membuahkan hasil jua akhirnya...

Jangan lupa baca tips lelong 2012.

Mega Auction - Ulat pon susah nak carik makan... huhu

Klik LIKE kalau suka entri ni :)

Blog Widget by LinkWithin