Monday, November 14, 2011

Soalan dan Jawapan: Masalah Rumah Lelong

Salam,

Saya ada soalan, nk tanya akak sbb akak dah lama dlm bidang ni..ceritanya mcm ni,

Saya ada beli rumah lelong 2 minggu lepas, impian selatan condo (@RM 85K). Problem is, so far semua bank xnk terima application utk buat housing loan dkt area aitu, high risk katanya..

Sy desperately nk cari loan rumah tu sbb nk pakai lawyer bank n setelkan hutang lama rumah tu..Skrg sy dah buntu sebab kena byr outstanding management fee rumah tu rm6k within 90 days, kalau x, mmg 6k tu dari poket sy.

Sebagai org expert dlm bidang ni, boleh x akak nasihatkan sy yg masih sgt mentah ni? :(> Harap akak dpt reply.

Jawapan saya :

Assalamualaikum kepada saudari A, pertama sekali suka saya nasihatkan kepada saudari dan semua kawan-kawan pembaca blog supaya menghubungi saya SEBELUM membuat keputusan untuk membeli rumah lelong. Ini untuk mengelakkan masalah seperti ini berlaku.

Saya pernah berkongsi tentang kondo Impian Selatan di entri terdahulu. Kalau lah dia bertanya dengan saya dahulu sebelum masuk membida, tentu perkara ini tidak berlaku. Nasihat saya tentang masalah ini :

1. Jika saudari A ingin menetap di kondo tersebut dan ingin meneruskan pembelian, nak tak nak saudari A terpaksa membuat personal loan dan membayar baki harga rumah tersebut dengan cara tunai. Walaupon kondo ini telah diisytiharkan selamat oleh pihak berwajib tetapi pihak bank tetap tidak mahu mengambil risiko dan enggan memberikan pinjaman untuk kondo tersebut.

2. Jika saudari A ingin menjual kondo ini di kemudian hari, saudari A tetap perlu mencari pembeli yang sanggup membayar tunai. Soalnya, siapa yang ingin membeli kondo di kawasan ini kerana risiko tanah runtuh yang berlaku di kawasan berhampiran beberapa tahun yang dulu? Jika saya berada di tempat saudari, saya batalkan pembelian dan sudah tentulah deposit saya hangus. Tak mengapa, itu adalah tuition fee yang perlu dibayar kerana kesilapan sendiri. Carilah ilmu atau bertanya kepada yang pakar sebelum membuat sesuatu keputusan.

Harap membantu.
Jika kawan-kawan pembaca blog ada sebarang pendapat/komen untuk saudari A, sila tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih.

Kesan retak di Impian Selatan Condo

According to experts, these abandoned houses were the cause of the tragedy.
Klik LIKE kalau suka entri ni :)

8 comments:

daripada rugi BESAR di kemudian hari baik Rugi kecil dimasa sekarang...

hairan betul masuk bid x buat study langsung..kalau search kat google berlambak citer pasal land slide dekat ngan kondo tu..senang sgt nak cari info..x faham la..anggap la satu pengajaran..

dalam membeeli rumah, belajar dan research adalah sangat penting. ramai org nak jimat duit, tak nak bayar kos belajar... nak jimat masa tak nak spend masa buat research.. tp sanggup rugi beribu duit bila salah langkah.

Saudari A mengambil keputusan untuk meneruskan pembelian dengan membuat PL dan akan mula menyewakan kondo tersebut. Pada saya tindakan itu adalah kurang bijak. Apa-apa pon keputusan di tangan dia. Kita hanya bagi nasihat percuma saje :)

Terpulang pada tuan punya badan.

Kepada saudari A, all the best!

All the best.. Duit boleh dicari tapi nyawa satu jekkk...

ouh. ada jugak kes bank xnak bagi loan ye.
kesian

Macam ler korang ni pandai sgt.. Segalanya kuasa Allah.. Klu x tanah runtuh mcm2 lg ujian Allah boleh bagi...

Alhamdulillah, terima kasih kepada yang memberi galakan, dorong, nasihat dan juga cabaran.

Loan dah selesai dan baru start bayar bulan lepas walaupun rumah telah disewakan lebih dari setahun lebih.

Sekali lagi, terima kasih semua!

Blog Widget by LinkWithin

.