KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Nilai hartanah mewah yang mengalami penurunan sebanyak lima hingga 15 peratus berikutan kelembapan ekonomi semasa, mungkin stabil apabila ekonomi pulih tahun depan, demikian menurut peserta industri.“Harga hartanah mewah akan kembali baik tahun depan, apabila keadaan ekonomi kembali pulih. Kami menjangka ia akan sama ada stabil atau tidak berubah. Ia tidak akan turun lagi tetapi meningkat secara perlahan-lahan,” kata Ho Chin Soon daripada Ho Chin Soon Research Sdn Bhd pada forum Pelaburan Hartanah 2009 anjuran...